Uwais berkata, program itu adalah usaha pihaknya membantu umat Islam agar pandai mengaji dengan betul, memahami pengertian setiap bacaan sekali gus sebagai alternatif lain bagi menyambut tahun baharu. – Foto Protaz International
KUALA LUMPUR: Komited menjadi platform untuk mempelajari dan meningkatkan pengetahuan al-Quran, Protaz International Sdn Bhd menganjurkan program Talaqqi percuma 24 jam secara dalam talian melalui aplikasi Zoom, bermula 31 Disember 2021 dari jam 7.27 pagi.Pengasasnya, Uwais Qorny berkata, program tersebut adalah usaha pihaknya untuk membantu umat Islam pandai mengaji dengan betul, memahami pengertian setiap bacaan sekali gus sebagai alternatif lain bagi menyambut tahun baharu.
“Talaqqi secara mudahnya adalah berguru, dan selalunya masa ini orang berguru melalui buku dan internet. Tetapi untuk membaca dan mempelajari al-Quran, perlu untuk pelajarinya dengan guru agar dapat menentukan sebutan dan tajwid yang betul.“Manakala, musyafahah pula adalah dari mulut ke mulut (pelajar belajar al-Quran dengan memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan sebutan makhraj yang betul),” katanya kepada Astro AWANI, pada Jumaat. Talaqqi 24 jam | Uwais Qorny mahu lebih ramai mengaji dengan betul Katanya, program itu turut dilihat sebagai alternatif baharu untuk mengajak rakyat Malaysia membudayakan sambutan tahun baharu dengan bacaan al-Quran.Dalam pada itu, tambah Uwais, ia turut membolehkan segala ilmu yang dipelajari atau diperoleh secara teori dapat dipraktikkan secara tepat agar mutu bacaan menjadi mantap dan mengelakkan ‘syok sendiri’.“Kritikal isunya di sini adalah sekiranya sebutan kita tidak betul, menyebabkan kita melakukan dua jenis kesalahan, iaitu yang besar dan kecil.“Kalau berlaku dalam rukun qauli, dalam sembahyang kita…boleh jadi sembahyang tidak sah. Jalan keluarnya adalah tidak boleh tidak mesti kena bertalaqqi atau berhadapan dengan guru.”Ini kerana, ilmu teori yang kita belajar sebenarnya tidak mencukupi dan perlu dimantapkan dengan melakukannya secara praktikal bersama guru.“Guru akan mendengar dan membetulkan bacaan kita sekiranya ada salah, dan akan meningkatkannya dari semasa ke semasa secara berperingkat,” katanya.Kata Uwais, inisiatif pihaknya diharap dapat meningkatkan kesedaran umat Islam untuk terus memelihara keaslian bacaan Kalamullah, mendalami hukum tajwid seperti dengung dan hukum mad serta mengenal pasti kesalahan berkaitan makhraj huruf dan sifat huruf.Program tersebut juga mendapat dua pengiktarafan dari Malaysia Book of Records (MBR) apabila mendapat sambutan memberangsangkan dengan melebihi 17,000 penyertaan dan terpanjang dari segi masa penganjurannya.Dua pengiktarafan oleh Malaysia Book of Records (MBR). – Foto Protaz InternationalBagi mereka yang ingin mengikuti dan mengetahui lanjut mengenai program dan sebarang kelas al-Quran yang ditawarkan, orang ramai boleh melayari www.UwaisQorny.com.