Wanita Ini Kongsi Amalan Doa Mujarab Untuk Tahan Kentut

Doa Tahan Kentut 2

Amalan menahan kentut sememangnya tidak baik untuk kesihatan tubuh badan individu, antaranya menambahkan lagi sakit sembelit, menyebabkan kentut berbau lebih busuk, perut kembung, sakit badan dan yang paling teruk ialah buasir.

Namun ada ketika, menahan rasa ingin terkentut adalah perlu, contohnya seperti mengerjakan ibadah umrah yang mana memerlukan kita sentiasa berada dalam keadaan berwuduk dan kesukaran mencari tandas untuk mengambil semula wuduk.

Seorang wanita di facebook, Faridah Ibrahim berkongsikan amalan doa mujarab yang selalu diamalkan oleh beliau sekeluarga dengan keizinan Tuhan Semesta Alam.

Doanya ialah:

بسم الله الر حمن الر حيم
‎ أُعِيْذُهُ بِالْوَاحِدِ الصَّّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّّ ذِيْ حَسَدٍ
‎وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّّةَإِلاَّّبِا للهِ الْعَلِيِّّ الْعَظِيْمِ

Yang membawa maksud:

Aku perlindungkan akan dia dengan Allah yang Maha Esa daripada kejahatan tiap-tiap sesuatu yang hasad. Dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang Maha Tinggi Martabatnya dan Maha Agung.

Doa yang turut dikenali sebagai doa Siti Fatimah ini beliau pelajari semasa mengikuti kursus haji pada tahun 2004 bersama Ustazah Kalthom binti Dato’ Hisham yang merupakan seorang pakar rujuk Tabung Haji.

Doa ini boleh diamalkan dalam beberapa situasi, antaranya:

1. Menahan kentut, buang air besar, buang air kecil

Doa ini diamalkan sebagai ikhtiar menahan diri daripada rasa mahu membuang angin, air besar atau air kecil semasa berada dalam perjalanan jauh seperti sewaktu pergi dan balik dari Mekah ke Arafah dan Mina yang telah memakan masa selama lima jam akibat beberapa asbab lain.

Cara mengamalkan:
**Dibaca setelah mengambil wuduk dan bersiap-siap hendak ke masjid.
**Berdiri dengan meletakkan kedua-dua belah tapak tangan di perut (di bahagian ari-ari).
**Baca doa sambil tapak tangan disapu ke atas. Ulang tiga kali (doa dan sapu).
**Letak sebelah tapak tangan di punggung (tulang sulbi/ tongking) ditepuk dan baca doa sekali sahaja.
**Mohon doa: “Ya Allah, mudah-mudahan wudhuku tidak batal sehingga selesai solat/ ibadah.”
**Balik ke bilik dibaca doa dan disapu pada perut menghala ke bawah supaya boleh buang air dan angin.

Doa Tahan Kentut 1

2. Merawat kembung perut dan senggugut

Doa ini kerap beliau amalkan pada diri sendiri dan anaknya semasa dari kecil sehinggalah sekarang (berusia lapan tahun) ketika mengadu sakit perut. Setelah diusap perut dengan bacaan doa ini, anak beliau akan membuang angin dan berasa lega.

Cara mengamalkannya:
**Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas perut dan di sapu menghala ke bawah supaya boleh menolak angin. Ulang langkah sebanyak tiga kali atau sampai lega, InshaAllah.

3. Mengelak kandungan gugur/ kenan

Beliau juga telah mengesyorkan kepada rakannya yang pernah mengalami tujuh kali keguguran. Alhamdulillah dengan izin Allah, kandungan kelapan rakannya selamat dan mereka berjaya mendapatkan seorang anak perempuan yang comel pada tahun lepas.

Beliau juga mengamalkannya kini sejak hamil anak kedua kerana mengalami pendarahan pada tiga bulan pertama kehamilan. Ditambah juga dengan niat semoga Allah menerima serta memudahkan semua urusan dan proses kelahiran yang dijangka pada Disember tahun ini.

Cara mengamalkannya:
**Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas ari-ari dan disapu menolak ke atas. Ulang sebanyak tiga kali.
**Dilakukan hanya bila serviks sudah terbuka untuk bersalin (kalau kembung perut kena guna kaedah lain). Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas perut dan disapu menghala ke bawah. Ulang langkah sebanyak kali.

Doa Tahan Kentut

Kita sebagai hamba yang lemah hanya mengikhtiar dan mencuba, dan keberkesanannya hanya datang apabila adanya izin serta perkenan Allah SWT. Yang penting, kita sentiasa yakin dan bertawakkal kepadaNya.

Sumber: Faridah Ibrahim