Deprecated: Function add_custom_background is deprecated since version 3.4.0! Use add_theme_support( 'custom-background', $args ) instead. in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6078
June 21, 2024 | Stop Being Busy

Archives for January 11, 2022


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Senyuman Model Kanak-Kanak Sindrom Down Di Acara Fesyen Ini Buat Ramai Terpukau

Model Sindrom Down Kanak-Kanak 5

Sejajar dengan peredaran masa, golongan kurang upaya seperti sindrom down semakin diterima masuk ke dalam dunia peragaan dengan niat mahu menyebarkan kepelbagaian.

Seorang model kanak-kanak Sindrom Down berusia empat tahun beberapa hari lalu telah memukau dunia internet dengan senyumannya.

Model Sindrom Down Kanak-Kanak 4

Sambil ‘beraksi’ di pentas peragaan, beliau yang dikenali sebagai Francesca Rausi tidak lekang melemparkan senyuman pada penonton yang hadir dan menarik perhatian lensa kamera untuk bertumpu padanya.

Model Sindrom Down Kanak-Kanak 1

Menjadi perhatian penonton, ibu Francesca mengharapkan beliau dapat mengikut jejak langkah model Sindrom Down, Madeline Stuart yang berani mengambil cabaran menghapuskan stigma masyarakat tentang fizikal model di pentas peragaan.

Model Sindrom Down Kanak-Kanak

Sumber: Metro UK


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Guru Ini Kongsikan Mengapa Senario Ibu Bapa Liat Beri Sumbangan Tidak Berlaku Di SJK

Ibu Bapa SJK Tak Merungut Sumbang Dana Sekolah
Sumber: Kronis f

Kecemerlangan pelajar banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah penglibatan ibu bapa, guru, sekolah, rakan sebaya dan juga persekitaran. Peranan sekeliling ini amat penting dalam memantapkan kecemerlangan pelajar sebagai generasi harapan negara pada masa akan mendatang.

Saban tahun, isu yang sering timbul bagi sekolah kebangsaan ialah apabila guru meminta sedikit sumbangan untuk pembangunan sekolah, ada sahaja yang merungut dan tidak kurang juga memfitnah sekolah salah guna kuasa. Berlainan pula ibu bapa yang menghantar anak mereka di sekolah di sekolah jenis kebangsaan (SJK) tidak lokek untuk memberi sumbangan buat pendidikan di sekolah berkenaan.

Ibu Bapa SJK Tak Merungut Sumbang Dana Sekolah
Sumber: FB

Seorang guru sekolah meluahkan pandangan mengapa ibu bapa yang menghantar anak mereka di SJK tidak merungut apabila sekolah meminta sumbangan.

“Sekolah cina sibuk bertempur dengan akademik agar murid-murid cemerlang dalam segala bidang.

“Sekolah melayu sibuk bertempur dengan ibu bapa agar anak-anak dapat layanan istimewa dan merungut kena bayar untuk pendidikan anak-anak mereka,” tulisnya Mohd Fadli Salleh di Facebook.

Menurut Fadli, orang ramai sering berkata bangsa Cina kaya dan mampu untuk bayar sumbangan sekolah. Namun, dakwaan itu disangkal kerana beliau sendiri melihat ada juga masyarakat Cina yang hidup susah tetapi mereka semua sangat utamakan pendidikan anak-anak kerana mereka tahu pendidikan mampu mengubah kehidupan yang lebih baik.

Ibu Bapa SJK Tak Merungut Sumbang Dana Sekolah
Sumber: FB

“Jika pun mereka tak mampu menjadi kaya raya dan berjaya, mereka tak nak anak mereka alami perkara sama.”

Ada juga orang Cina yang hidupnya tidaklah mewah, sanggup menghantar anak mereka ke sekolah swasta walaupun yuran pendidikan mahal.

Ibu Bapa SJK Tak Merungut Sumbang Dana Sekolah
Sumber: FB

Lihat sahaja SJKC iaitu sekolah kerajaan tapi aliran bangsa Cina, dana PIBG berjuta ditambah dengan fasiliti sekolah yang cukup lengkap dan selesa untuk pelajarnya. Bagaimana mereka sediakan fasiliti terbaik di sekolah mereka?

Ibu Bapa SJK Tak Merungut Sumbang Dana Sekolah
Sumber: FB

Beliau turut kecewa ramai ibu bapa merungut apabila sekolah meminta sumbangan dan tidak kurang juga yang menunding jari kepada kerajaan supaya bertanggungjawab sediakan semuanya.

Dalam beberapa hari sahaja lagi kita bakal menghampiri 2020, jadi mentaliti juga perlu diubah demi masa depan pendidikan anak-anak.

Sumber: FB Mohd Fadli Salleh


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Jimat! Ini Tip Gandakan Kuantiti Sabun Cuci Pinggan Tahan Hingga 5 Bulan

Cara Gandakan Kuantiti Pencuci Pinggan 2

Sabun pencuci pinggan merupakan salah satu bahan asas yang diperlukan bagi melancarkan kerja-kerja dapur, terutamanya jika anda menjalankan perniagaan makanan atau pun mempunyai keluarga yang besar.

Namun, ada tip tau untuk jadikan kuantiti sabun pencuci pinggan mangkuk ini jadi lebih berganda. Contohnya, 800ml menjadi sehingga lima liter!

Cara-caranya:

1. Tambahkan lima liter air dan 800ml sabun (tak kira jenama apa) berserta setengah cawan garam atau garam paket kecil.

Cara Gandakan Kuantiti Pencuci Pinggan 1

2. Gaul di dalam bekas yang sesuai dan SIAP!

Cara Gandakan Kuantiti Pencuci Pinggan

Mudah bukan? Selain daripada sangat jimat, cara begini tetap mengekalkan kualiti sabun pencuci dan pinggan mangkuk tetap bersih walaupun sabun sedikit cair.

Sumber: شهيد شهداء,  Masak Apa Hari Ni


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Syarikat Ini Tawar Gaji RM5,834 Untuk Tugasan Tidur Selama 9 Jam Setiap Hari

Anda Dibayar Untuk Tidur 9 Jam Sehari 1

Jika sebelum ini ada kami laporkan mengenai jawatan ‘tukang hidu ketiak’ yang membolehkan anda menjana pendapatan sehingga RM8.29 juta setahun, kini muncul satu lagi jawatan baharu yang menawarkan skop kerja yang amat mudah.

Sebuah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan di India memberitahu mereka mahu menggajikan pelajar latihan industri atau sesiapa yang sanggup sebanyak 1 lakh iaitu bersamaan dengan RM5,834 untuk tugasan tidur selama 9 jam selama 100 hari.

Memerlukan anda memberikan komitmen selama 100 hari, syarikat yang menghasilkan tilam jenama Wakefit.co ini menyasarkan kesihatan tidur dengan meraikan mereka yang mahukan tidur yang berkualiti.

Anda Dibayar Untuk Tidur 9 Jam Sehari

Sepanjang tugasan ini, pattern tidur anda akan diperhatikan menggunakan sleep tracker dan anda juga akan diberikan sesi kaunseling sebelum dan selepas menggunakan tilam tersebut.

Syarat yang perlu anda patuhi ialah tidak menggunakan laptop atau gajet sepanjang masa ‘bekerja’ dengan diberikan bilik khas bagi meningkatkan produktiviti menerusi kempen ‘Right to Work Naps’.

Inisiatif ini merupakan salah satu langkah ke hadapan dalam menjadikan tidur sebagai salah satu faktor yang mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan seharian.

Jika anda berminat, bolehlah lawati laman web Wakefit.co untuk memohon.

Selamat berjaya!

Sumber: Business Insider


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Gurau ‘Tarik Kerusi’ Bertukar Tragedi, Gadis Ini Lumpuh Selepas Tulang Belakang Disahkan Patah

Gurau Tarik Kerusi Patah Tulang Lumpuh 2

Dalam banyak-banyak gurau di zaman sekolah, yang paling popular sekali sudah tentulah gurauan menarik kerusi ketika rakan mahu duduk.

Apabila melihatkan rakan jatuh terjelepuk, maka itulah saat yang paling menggelikan hati untuk semua orang.

Gurau Tarik Kerusi Patah Tulang Lumpuh 1

Gurauan ini kadangkala dilihat agak melampau namun pada ketika itu kita hanya memikirkan keseronokan dapat mengusik rakan, bukannya keselamatan mereka.

Namun tahukah anda gurauan ini sebenarnya berbahaya?

Seorang pelajar perempuan, Sinta Auliya menerusi ciapan di laman Twitternya memberitahu gurauan ‘tarik kerusi’ rakannya telah menyebabkan beliau mengalami keretakan pada tulang ekor, patah pada tulang belakang yang akhirnya membawa kepada lumpuh.

Gurau Tarik Kerusi Patah Tulang Lumpuh

Dalam perkongsian pada 11 Disember lalu, Sinta memberitahu beliau hampir putus asa kerana tidak boleh berjalan malah berdiri disebabkan gurauan itu dan terpaksa mengengsot sekiranya mahu ke tandas.

Pada awalnya beliau tidak menyangka sakitnya akan menjadi seteruk itu dan hanya mendapatkan urutan tradisional namun ianya menjadi lebih buruk dan akhirnya memaksa beliau ke hospital.

Pada awalnya, beliau takut untuk menjalani pembedahan dan mengikuti sesi rawatan fisioterapi, namun disebabkan tiada perubahan beliau terpaksa memberanikan diri menghadapinya bagi merawat tulang belakangnya.

Walaupun sudah tiga tahun berlaku (2016) dan tulang belakangnya tidak boleh pulih 100%, Sinta bersyukur beliau dapat kembali berjalan dan baik sehingga kini.

Terpaksa melupakan impian untuk mendaki gunung kerana keadaannya yang tidak mengizinkan, Sinta akui kadangkala beliau merasa dendam kepada rakannya kerana mengakibatnya jadi sebegitu.

Jadi jika anda masih lagi mengamalkan gurauan tarik kerusi sebegini, maka hentikanlah. Jangan kerana keseronokan sementara, kita hilang nikmat kesihatan.

Sumber: @jelegbt


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Baru Berusia 12 Tahun, Kanak-Kanak Ini Sudah Bergelar Saintis Data Di Syarikat Perisian

Kanak-Kanak Umur 12 Tahun Saintis Data

Jika ditanya apa yang kita mahukan pada usia 12 tahun, pasti ramai daripada kita akan memberikan jawapan cita-cita impian yang ingin dicapai di masa hadapan.

Namun ianya berbeza bagi seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ini. Dalam ‘kesibukan’ rakan-rakan seusianya bermain, bersosial dan menjalani sesi persekolahan, Siddharth Srivastav Pilli sudah bekerja sebagai seorang saintis data di sebuah syarikat perisian Hyderabad.

Menjalankan peranan sebagai tempat rujukan tentang pengekodan, Siddhart yang bekerja di Montaigne Smart Business Solutions sudah meletakkan impian dan matlamat tentang apa yang akan beliau capai di masa akan datang.

Kanak-Kanak Umur 12 Tahun Saintis Data 1

Menjadikan Tabmay Bakshi yang sudah bekerja di Google sejak berusia 13 tahun sebagai idola, Siddha masih menjalani sesi persekolahan biasa di Sri-Chaitanya Techno Schools turut menjadikan ayahnya sebagai inspirasi kerana mampu mempelajari mengenai pengkomputeran awan (cloud computing) dan kecerdasan buatan (artificial intelligence) di usia yang muda.

Gemar bermain permainan video, Siddhart menjadikannya sebagai inspirasi untuk beliau mencipta permainan video yang baharu dan menjadi seorang usahawan yang memberi kepada masyarakat.

Sumber: Live Mint


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

5 Bendera Negara Yang Unik Tapi Paling Susah Untuk Dilukis

Fakta Sejarah Merdeka
Sumber: The Patriots

Dalam banyak-banyak negara, Malaysia merupakan negara yang tersenarai sebagai bendera yang agak senang dilukis dan dikenal pasti kerana coraknya yang mudah diingati.

Namun disebabkan terlalu banyak isu ‘tersalah’ lukis bendera Malaysia pada masa kini, kami senaraikan beberapa bendera negara yang amat sukar dilukis kerana coraknya yang boleh dikatakan sangat complicated.

1. Bhutan

Walaupun hanya menggunakan dua warna sahaja, tetapi corak naga di tengah bendera agak mustahil dilukis bagi mereka yang agak kayu dalam seni.

Naga menjadi lambang negara Bhutan, manakala kuning mewakili kuasa raja, putih pula kesucian dan kesetiaan dan buah oren adalah simbol daripada biara Drukpa.

Bendera Negara Yang Susah

2. Afghanistan

Dihiasi dengan tiga warna iaitu hitam, merah dan hijau dalam keadaan menegak, bendera Afghanistan membawa imej masjid berwarna putih yang melambangkan mereka sebagai negara Islam dan menampilkan tulisan takbir Allahu Akbar (Tuhan Maha Besar).

5 Bendera Negara Yang Susah 1

3. Mexico

Hampir sama dengan Afghanistan, bendera Mexico menggunakan warna putih, merah dan hijau secara menegak yang mana di bahagian tengah bendera akan dihiasi dengan corak ‘helang makan ular’ di atas tumbuhan seakan pokok kaktus.

Mexico

4. Mozambique (Afrika)

Terdiri daripada tiga warna iaitu hijau, hitam dengan sempadan putih dan kuning, terdapat segi tiga isosceles merah di bahagian kiri. Manakala di bahagian atas segi tiga ialah bintang lima berujung kuning dengan logo buku dan senapang AK-47 serta cangkul yang diletakkan pada laras tengah.

Membawa simbol keamanan, benua Afrika, mineral tanah dan perjuangan kemerdekaan, logo buku, senapang melambangkan kewaspadaan dan pertahanan, peranan penting pendidikan serta cangkul merujuk kepada aset pertanian negara.

Afrika

5. Kemboja

Terlihat mudah namun binaan Angkor Wat di tengah di tengah bendera mampu membuatkan anda pening kepala mahu melukiskannya. Melalui beberapa siri pertukaran, setakat ini sudah ada sembilan jenis lukisan Kemboja mengikut kerajaan terdahulu.

Bendera Negara Susah

Untuk lihat lain-lain senarai bendera negara yang unik tetapi susah dilukis, anda bolehlah lawat laman Twitter INI.

Cuba bayangkan, bendera Malaysia yang mudah pun ramai suka ‘tersalah’ lukis, apatah lagi jika bendera Malaysia sesukar corak 5 bendera di atas.


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Wanita Ini Dakwa Temui Fosil Era Paleozoic Berusia 250 Juta Tahun Di Ladang Sawit Milik Keluarganya

Fosil Era Paleozoic Ditemui 3

Ahad lalu, seorang wanita telah berkongsi di Facebook miliknya mengenai penemuan bersejarah beliau di ladang sawit milik keluarganya di daerah Sa Kaeo, Thailand.

Fosil Era Paleozoic Ditemui 1
Fosil Era Paleozoic Ditemui 2

Gambar tiga fosil yang dimuat turun di laman Facebooknya mendapat perhatian luas, antaranya daripada Facebook Page Fossil World yang menyatakan ianya sebagai krinoid (ekinoderm yang mempunyai hubungan dengan tapak sulaiman dan landak laut) dari Era Paleozoic yang wujud sekitar 250 juta tahun lalu.

Dihubungi oleh beberapa orang yang berminat dengan penemuannya, Pinthip secara tegas memberitahu bahawa beliau tidak akan menjual spesimen yang ditemuinya (buat masa sekarang).

Sudah diberikan kepada Bahagian Sumber Mineral untuk disiasat, hantaran Pinthip ini telah disukai lebih daripada 5,000 orang dan dikongsi lebih 3,00 kali di media sosial Facebook.

Sumber: Nation Thailand


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Kanak-Kanak Ini Catat Rekod Dunia Pegang Ijazah Kejuruteraan Elektrik Pada Usia 9 Tahun

Kanak-Kanak 9 Tahun Dapat Ijazah Kejuruteraan Elektrik

Walaupun baru berusia sembilan tahun, Laurent Simons kini dilaporkan bakal memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik di University  of Technology, Eindhoven (TUE) pada DIsember hadapan selepas berjaya melengkapkan pengajian dalam masa sembilan bulan.

Beliau yang sedang menyiapkan projek tahun akhirnya mengenai cip elektrik yang berkait dengan otak memiliki tahap kecerdasan minda (IQ) sebanyak 145. Sudah memulakan persekolahan pada usia empat tahun dan menamatkan sekolah menengah pada usia lapan tahun dalam tempoh 18 bulan, Laurent bercita-cita mahu menjadi seorang angkasawan atau pun pakar bedah jantung selepas ini.

Kanak-Kanak 9 Tahun Dapat Ijazah Kejuruteraan Elektrik 2

Berhasrat mahu melanjutkan pengajian di California kerana cuaca di sana yang baik, kejayaan Laurent ini berjaya mengalahkan rekod yang dipegang dari tahun 1994 iaitu Michael Kearney yang bergraduasi semasa berusia 10 tahun di University of Albana (Kearney kini berusia 35 tahun).

Dalam satu temu bual CNN, ayah Laurents yang merupakan seorang doktor gigi mendedahkan kanak-kanak itu telah mempunyai perancangannya yang sendiri iaitu mendapatkan kelulusan Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan elektronik, menyambung pengajian ijazah dalam bidang perubatan kemudiannya menghasilkan jantung tiruan dan melakukan penyelidikan dalam bidang organ buatan serta robotik.

Beliau kemudian turut memberitahu walaupun banyak universiti yang menawarkan untuk menerima Laurents sebagai penuntut di sana, mereka sebagai ibu bapa tetap mahukan kehidupan kanak-kanak anaknya dijalani secara seimbang.

Selain daripada meminati ilmu pengetahuan, Laurent yang memiliki 30,000 pengikut di Instagram gemar mengisi masa lapangnya dengan permainan video Minecraft dan Fortnite serta menonton Netflix.

Sumber: New York Times


Deprecated: str_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /opt/www/people.utm.my/httpdocs/wp-content/themes/genesis/lib/functions/image.php on line 116

Arkeologi Temui Bandar Rahsia Tamadun Inca Di Hutan Amazon

Arkeologi Temui Bandar Inca Di Hutan Amazon

Jika anda pernah menonton filem ‘Dora And The Lost City of Gold’, pastinya anda pernah mendengar mengenai bandar atau Tamadun Inca yang penuh dengan rahsia.

Baru-baru ini, arkeologi memberitahu mereka telah menemui satu bandar rahsia di Kerajaan Incan yang ‘tertanam’ jauh di dalam kawasan hutan Amazon yang dikatakan banyak menyimpan harta karun di zaman suku pra-Columbia.

Sarjana mendapati kawasan Inca merupakan kawasan paling maju di Amerika sehingga mendominasi dataran tinggi Peru sehingga kubu terakhir yang ditawan Sepanyol pada tahun 1572, antara yang paling terkenal ialah Machu Piccu yang kini menjadi destinasi popular.

Arkeologi Temui Bandar Inca Di Hutan Amazon 2

Walau bagaimanapun, kubu bayangan abad ke-15 yang berada di 2,430 bawah parat laut ini menyembunyikan satu kawasan yang kurang dikenali iaitu Choquequirao yang hanya boleh dicapai dengan cara memanjat dari Cusco.

Merupakan benteng pertahanan yang terakhir dengan jangkauan keluasan sebesar 18,000 meter persegi ke dalam hutan Amazon, hanya 30% daripadanya telah digali. Keseluruhan bekas Kerajaan Inca ini kebanyakannya merupakan tempat yang aneh dan misteri dipanggil sebagai Huaca, yang mana menurut orang India adalah seperti idola dan mempunyai kuasa luar biasa.

Di samping kuil buatan yang dibina, Huaca (suci) boleh datang berbentuk apa sahaja asalkan ianya aneh seperti batu yang aneh, gunung yang aneh atau tasik yang aneh.

Arkeologi Temui Bandar Inca Di Hutan Amazon 1

Dipertahankan oleh beberapa lembah yang berisiko membawa bahaya kawasan bandar rahsia Inca ini terpelihara baik tanpa termusnah kerana keadaannya yang berada jauh di dalam hutan.

Untuk pengetahuan anda, Tamadun Inca berpecah disebabkan perang saudara yang berlaku bagi memutuskan siapa yang akan menjadi Inca Hanan (bahagian lebih tinggi, bandar) dan Inca Hurin (bahagian lebih rendah) yang akhirnya runtuh akibat daripada kebijaksanaan Francisco Pizarro, seorang penakluk Sepanyol pada tahun 1533 yang mengambil kesempatan dalam pergaduhan ini.

Sumber: Express