Aktif Ko-k Bukan Alasan Tidak Boleh Berjaya Capai PNG 4.00 Sepanjang 7 Semester, Baca Kisah Inspirasi Graduan Ini

Graduan 4.00 7 Semester 4

Mendapat PNG (Purata Nilaian Gred) 4.00 adalah impian semua yang bergelar pelajar terutamanya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi kerana ianya adalah pencapaian yang paling tinggi.

Jika merasa sekali pun sudah cukup membahagiakan apatah lagi jika ianya berjaya dicapai beberapa kali sepanjang tahun pengajian.

Seorang graduan jurusan Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya mencipta rekod apabila mencapai keputusan PNG 4.00 selama tujuh semester sehingga menyebabkan beliau menerima Anugerah Pelajaran Diraja – Pingat Jaya Cemerlang di Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia yang ke-32.

Menamatkan pengajian dengan PNGK 3.99, Nur Athirah Rushami Zien merupakan anak kelahiran Alor Star, Kedah dan bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum sebagai Setiausaha Kehormat Persatuan Falsafah, Undang-Undang dan Pengajian (THINKERS).

Dengan keputusan yang cemerlang, graduan berusia 23 tahun ini telah terpilih sebagai Penerima Biasiswa Majlis Raja-Raja semasa di tahun kedua dan aktif menyertai pelbagai aktiviti di peringkat universiti, nasional dan antarabangsa seperti wacana ilmiah, delegasi ke universiti-universiti tempatan dan antarabangsa serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Graduan 4.00 7 Semester
Sumber: Twitter @awin_khudzir

Mahu menjadi yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi, gadis ini mahu apa yang beliau capai mampu memberikan motivasi derta semangat kepada orang lain untuk melakukan hal yang sama, dalam masa yang sama kembali memberi kepada masyarakat.

Jika ditanya apa rahsianya, Nur Athirah memberitahu beliau tidak mempunyai resipi rahsia tetapi hanya sentiasa memberikan fokus semasa berada di dalam kelas.

Semoga kejayaannya mampu memberikan inspirasi kepada mahasiswa/i serta pelajar-pelajar untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Speak Your Mind

*