Buaya katak makin pupus

Buaya katak merupakan reptilia terbesar yang paling berbahaya kepada manusia. Boleh dijumpai di beberapa kawasan Asia Tenggara dan utara Australasia, buaya katak juga dikenali sebagai buaya ikan masin, buaya tembaga dan buaya muara.

Tekstur dan rasa daging buaya katak ini dikatakan hampir sama dengan daging ayam menjadikan ramai peminat makanan eksotik menggemarinya. Kerana dibayar dengan harga yang tinggi, Jabatan Hutan Sarawak berhasrat untuk mengeksport daging buaya katak ini ke luar negara.

Namun hasrat ini dibantah sekerasnya oleh badan NGO pencinta haiwan yang menentang pemburuan buaya seperti Sahabat Alam Malaysia. Tampil menjelaskan perkara tersebut, pihak Jabatan Hutan Sarawak memberitahu pemburuan buaya tidak dilakukan sewenangnya.

Eksport Buaya
Sumber: Share It

Sebaliknya pihak mereka turut melihat kepada Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membenarkan pemburuan sekiranya populasi mereka semakin meningkat sehingga membahayakan manusia.

Turut mempersoalkan bantahan yang diutarakan oleh pihak NGO, Jabatan Hutan Sarawak menyatakan bahawa pembunuhan buaya bukan hanya dilaksanakan di Sarawak tetapi juga di negeri lain dan tetap mempertahankan bahawa tindakan mengeksport daging haiwan tersebut tidak akan menjejaskan populasi buaya disana.

Sumber: Berita Harian Online

Speak Your Mind

*