Masyarakat kita terlalu sinonim dengan perbuatan atau budaya membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain sama ada daripada segi pencapaian akademik ataupun perilaku peribadi.
Tanpa sedar budaya tidak sihat kepada keadaan emosi dan jiwa anak-anak ini sebenarnya membawa kepada berlakunya peningkatan kadar jenayah akibat daripada perasaan dendam yang ditanam dalam diri mereka.
Budaya membandingkan anak ini menyebabkan anak-anak percaya bahawa diri mereka tidak diperlukan dan tertekan sehingga boleh membawa kepada jenayah lari dari rumah dan mencederungkan anak-anak kepada jenayah sosial lain.
Ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan anak-anak sepatutnya meyakinkan mereka dengan menerima diri mereka seadanya selain daripada menghargai dan memberi semangat atau motivasi supaya mereka lebih berjaya dalam setiap apa yang mereka lakukan.
Menurut penganalisis jenayah yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kamal Affandi Hashim memberitahu slogan ‘Rumahku Syurgaku’ perlu didalami isinya terlebih dahulu sebelum menjayakannya.
“Tekanan atau desakan piawaian seperti ini akan menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka tidak diperlukan dan mereka akan berkata kalau begitu buat apa lagi mereka duduk di rumah?”
Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail melaporkan sebanyak 15,042 kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dilaporkan dari 2011 hingga Mei 2019 adalah disebabkan pengaruh kekasih, pertelingkahan serta kurang mendapat perhatian daripada keluarga.
Sumber: Bernama
Speak Your Mind