Kehidupan pelajar di kampus memerlukan mereka membuat perancangan kewangan yang baik, jika tidak pastinya perbelanjaan tidak mencukupi sehingga timbul kes terpaksa ikat perut.
Melakukan kerja sambilan untuk menambah duit poket atau membiayai yuran pengajian ketika bergelar pelajar bukanlah sesuatu yang baharu. Pelbagai jenis kerja sambilan yang dilakukan oleh pelajar termasuklah menjadi ejen penjual.
Disebabkan begitu menggemari donut Krispy Kreme, pelajar lelaki ini sanggup berulang alik dari Minnesota ke Iowa demi membeli donut kegemarannya walaupun ia memakan masa selama 4 jam perjalanan.
Jayson Gonzalez, 21 tahun mendapat idea untuk membawa donut Krispy Kreme dari Clive, Iowa – beliau ketika itu menjadi jurulatih bola sepak di sana dan memuat naik hantaran di laman Facebook jika ada penduduk di Minnesota berminat untuk membeli donut itu. Cawangan Krispy Kreme di Minnesota sudah lama ditutup sejak 11 tahun lalu.
Menerusi hantaran itu, Gonzalez menerima lebih daripada 300 maklum balas. Kemudian, beliau melancarkan Facebook page yang diberi nama Krispy Kreme Run Minnesota dan mula mengambil tempahan dan mendapat sambutan dengan menerima lebih 5,000 pengikut.
Gonzalez mengenakan caj sebanyak $17 hingga $20 sekotak (harga asal $10). Kegiatannya dihidu pihak syarikat Krispy Kreme di Nebraska dan meminta beliau berhenti menjual semula donut-donut tersebut kerana mahu memastika kualiti produk mereka terjamin.
Namun, Krispy Kreme mengubah fikiran apabila mengetahui hasil jualan yang dilakukan pelajar itu digunakan untuk membiayai yuran pengajiannya di Metroplitan State University dalam jurusan perakaunan.
Pihak Krispy Kreme membenarkan Gonzalez menjual donut mereka dan memuji semangat keusahawannya. Susulan itu, Krispy Kreme menderma 6,000 donut (500 kotak) kepada Gonzalez untuk membantu menampung yuran pengajiannya.
“Kami sangat senang hati bekerjasama dengan Gonzalez sebagai pengusaha bebas untuk memastikan pemberian donat berkualiti tinggi kepada peminat kami di Minnesota. Kami mendoakan kejayaannya dan kami sangat gembira untuk membantunya”.
Krispy Kreme@krispykremehttps://t.co/k7KcZG4bKM9:51 AM · Nov 5, 201911.5K1.5K
Sumber: CNN