Doktor Ini Rela Gaji Dipotong, Bedah Pesakit Miskin Secara Percuma

Doktor Rela Gaji Dipotong
Sumber: CNN

Tugas sebagai seorag doktor atau pekerja perubatan bukanlah suatu tugas yang mudah. Bagi seseorang yang bergelar doktor, mereka terpaksa berkorban segalanya hanya untuk menjalankan khidmat yang dipertanggungjawab kepada mereka di hospital.

Setiap doktor, ada kepakaran masing-masing untuk disumbangkan kepada masyarakat sejagat. Seperti Dr Olawale Sulaiman, seorang profesor pembedahan saraf dan tulang belakang yang mana tidak ramai berupaya mengimbangi masa untuk melakukan pembedahan dua benua seperti beliau.

Beliau juga merupakan pengerusi di jabatan pembedahan neuro serta pusat tulang belakang di Institut Neurosains Ocshner di New Orleans, Amerika Syarikat.

Tidak melupakan negara kelahiran tercinta, Nigeria walaupun kini menetap di Louisiana, tetap membahagikan masa menyediakan perkhidmatan kesihatan di sana dan ada kalanya menyediakan perkhidmatan itu secara percuma.

“Saya seorang daripada 10 orang anak dalam keluarga berpoligami. Saya dan adik beradik mengongsi satu bilik dan terpaksa tidur di lantai.”

Doktor Rela Gaji Dipotong
Sumber: Mediacorp

Dengan biasiswa yang diterima untuk mempelajari bidang perubatan di Bulgaria pada usia 19 tahun, merasa tanggungjawab untuk menyumbang semula kepada negara kelahirannya dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan.

Pada 2010, Dr Olawale Sulaiman menubuhkan RNZ Global, sebuah syarikat pembangunan kesihatan bersama isterinya, Patricia.

RNZ Global menyediakan khidmat perubatan termasuk pembedahan saraf dan tulang belakang, serta kursus-kursus kesihatan seperti bantuan CPR di Nigeria dan Amerika Syarikat.

Menurut beliau, tidak teragak-agak mengorbankan masa cutinya untuk melakukan misi perubatan, di samping menjalankan sesi pendidikan dan latihan. Beliau banyak menderma ubat-ubatan, perkakas serta menyediakan latihan mengenai teknik-teknik pembedahan untuk rakyat Nigeria.

Malah, Dr Olawale Sulaiman mendedahkan beliau berunding dengan majikannya di Amerika Syarikat supaya gajinya dipotong sebanyak 25 peratus, semata-mata untuk meluangkan lebih banyak masa di Nigeria demi mengejar impian dan minatnya.

RNZ Global sudahpun merawat lebih 500 pesakit, selain menyediakan perubatan kepada sehingga 5,000 orang di Amerika Syarikat dan Nigeria.

Dr Olawale Sulaiman berharap dapat menubuhkan sekurang-kurangnya lagi empat pusat neurosains di Nigeria dalam masa beberapa tahun akan datang.

“Saya percaya kebahagiaan tidak datang dari apa yang anda terima, sebaliknya ia datang dari hasil sumbangan anda,” katanya.

“Akan sentiasa ada ruang untuk anda membuat sumbangan; anda tidak perlu menjadi seorang hartawan untuk melakukannya.”

Sumber: Mediacorp

Speak Your Mind

*