Jika sebelum ini kita melihat video membaiki kerosakan pada objek tertentu dengan hanya menggunakan mi segera, ini pula kisah mengenai seorang bakal ayah menggunakan mi segera untuk membina rumah mainan.
Zhang dari Jilin, China menggunakan 2,000 bungkus mi segera untuk membangunkan rumah ini buat anaknya yang belum lahir. Kita mendengarnya seakan membazir, tetapi Zhang memperoleh bungkusan mi segera yang banyak itu dari sebuah kilang milik rakannya.
Menurutnya, dia mengambil mi segera dari kilang tersebut untuk mengelak daripada dibuang. Zhang berkata dia penggemar mi segera, tetapi menghabiskan 2,000 bungkus adalah keterlaluan, justeru dia menggunakannya sebagai bahan mendirikan rumah tersebut.
Kabin rumah ini sepanjang satu meter kali dua meter dan memiliki luas empat meter persegi yang cukup untuk keluasan orang dewasa, serta menjadi mainan anaknya yang belum lahir.
Proses untuk membangunkan rumah ini memakan masa selama empat hari dan Zhang berasa puas dengan hasil karyanya daripada mi segera. Bagi mencantumkan mi segera sebanyak 2,000 itu, Zhang memerlukan sekurang-kurangnya 20 tin gam untuk betul-betul terbentuk seperti sebuah rumah mainan.
Namun, Zhang tidak dapat pastikan berapa lama rumah mainan daripada mi segera itu mampu bertahan memandangkan makanan mudah rosak dan boleh menyebabkan bakteria.
Sumber: The Sun
Speak Your Mind