Bukan pemimpin negara kita sahaja yang mahu mencontohi masyarakat Jepun, malah negara lain juga turut memuji budaya dan sikap berdisiplin mereka. Tapi, apabila masyarakat matahari terbit itu memuji kehebatan rakyat Malaysia, pasti ia menjadi suatu perkara yang luar biasa.
Ya, ada apa dengan rakyat Malaysia itu sendiri apabila negara yang sudah lama dikenali dengan budi pekerti tinggi memuji kehebatan Malaysia?
Seorang pengguna Facebook, Haris Mohd Ghazali yang pernah bekerja di sana berkongsi kisah seorang rakyat Jepun memuji kehebatan rakyat Malaysia tetapi tidak pernah berkongsi kehebatan itu kepada masyarakat Jepun.
Ketika bekerja di Jepun sebagai seorang jurutera, beliau sangat kuat bekerja dan menikmati suasana bekerja pada waktu itu.
Sebagai seorang Muslim, menjadi tanggungjawab untuk menunaikan kewajipan solat lima waktu. Berada di negara yang bukanlah majoritinya Muslim, pasti sedikit sukar untuk mencari ruang demi menunaikan solat. Berbeza di Malaysia, kita mempunyai banyak tempat untuk solat.
Sepanjang bekerja di sana, beliau akan solat di bawah tangga. Selepas beberapa bulan, barulah majikan perasan dan memberi bilik rehat yang cukup selesa untuk bersolat.
Bukanlah tidak mahu solat di masjid, ada pun masjid paling dekat sekitar 100 kilometer jaraknya dari rumah. Menurut Haris, jika ke masjid pun apabila cuti panjang atau ada acara/ majlis tertentu.
Berbual dengan Imam Jepun
Beliau pernah singgah di sebuah masjid di Tokyo ketika keluar dengan rakan-rakanna untuk tidur di sana. Waktu itu berkenalan dengan seorang imam yang berbangsa Jepun.
“Apa yang saya ada imam?”
“Haris-san dan ramai orang Malaysia ada ini, tapi jarang sangat share pada kami orang Jepun. Benda hebat tu!!!”
“Haris-san ada kalimah ‘Lailahaillah-Muhammad Rasulullah’ (syahadah). Mahal tu!”
Perasaan sentap
Menurut Haris, mereka sebenarnya amat memerlukan kita yang sudah lahir dan diajar tentang agama Islam sejak lahir untuk berkongsi dan menyebarkan ajaran Islam di sana.
Salah satu persatuan di sana iaitu Katana Circle Malaysia dan Telaga Biru Publication sedang giat mengadakan program ‘Infaq Quran Buat Jepun’. Anda boleh menderma atau menyumbang senaskhah Al-Quran atau berapa sahaja yang anda mampu atau sumbangan wang.
Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 1000 naskhah Al-Quran (RM80,000) untuk diinfakkan ke sana yang sudah siap diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun.
Muslim mungkin menjadi golongan minoriti di Jepun, namun sikap toleransi masyarakatnya tidak menyekat orang Islam untuk mengamalkan Islam di negara mereka.
Sumber: FB Haris Mohd Ghazali