Mandi 3 Minit Demi Alam Sekitar, Ketahui Makna Di Sebalik Saranan Pakar Gaya Hidup Lestari Ini

Mandi Tiga Minit 1

Beberapa hari lalu, kecoh mengenai saranan pakar gaya hidup lestari, Datuk Seri Dr Zaini Ujang agar rakyat Malaysia jangan mandi melebihi tiga minit sekiranya mencintai alam sekitar.

Dalam masa tiga minit, penggunaan air bagi tujuan mandi boleh dikurangkan kepada kuantiti bawah 10 liter, yang mana ianya akan membawa kepada pengurangan penebangan pokok untuk menampung air serta arus elektrik bagi mengalirkan air tersebut ke loji.

Beliau yang pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air turut mempersoalkan komitmen rakyat Malaysia yang masih lagi tidak sensitif dalam menjaga alam sekitar.

Mandi Tiga Minit

Pendapat beliau ini banyaknya ditertawakan dan dipertikaikan oleh mereka dengan alasan adalah tidak logik untuk mandi tiga minit bagi orang yang bekerja di ladang, kebun atau buruh semata-mata untuk menjaga alam sekitar.

Bagi Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman, saranan Dr Zaini perlu dilihat dari sudut pandang mesej tersirat iaitu peringatan agar rakyat lebih berhemah dalam menggunakan air.

Malah ini diakui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman yang mendedahkan bahawa penggunaan air di Malaysia adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara jiran; Singapura – 165 liter, Thailand – 193 liter.

Di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja penggunaan air dilaporkan sebanyak 222 liter sehari bagi setiap orang, 30% lebih daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia iaitu sebanyak 165 liter sahaja.

Menyasarkan penggunaan air per kapita kepada 180 liter menjelang akhir 2020, rakyat Malaysia perlu cakna dengan cara penggunaan air yang betul dan menghargai nilai air dengan sebaiknya.

Sumber: Sinar Harian

Speak Your Mind

*