Siapa sangka, lelaki yang pernah menghasilkan filem menghina baginda Rasulullah saw akhirnya menerima hidayah daripadanya.
Pengarah yang dikenali sebagai Arnoud Van Doorn juga merupakan seorang ahli dewan undangan di Belanda pada tahun 2013 merupakan antara yang terlibat dalam penghasilan filem pendek yang diberi judul sebagai ‘Fitna’ ini.
Filem yang mengisahkan mengenai isu Islamophobia dan memburukkan junjungan rasul kita, Nabi Muhammad saw telah menimbulkan kontroversi besar terutamanya dalam kalangan penganut Muslim.
Namun tidak lama kemudian, beliau mula mempelajari Al-Quran dan agama Islam sehingga menjadikannya jatuh cinta terhadap agama tersebut.
Lama kelamaan setelah mendalami ayat-ayat suci di dalam Al-Quran, beliau memberitahu beliau semakin mengenali dirinya dan merasa tenang sehingga dijemput untuk menjadi tetamu Allah pada musim haji baru-baru ini.
Memeluk agama Islam April lalu, beliau memberitahu dirinya bahagia dengan agama barunya ini. Sering dilihat memakai jubah berwarna putih dan berkopiah putih, Arnound kini selesa menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dan berusaha menyebarkan fahaman Islam serta mahu membuang tanggapan mengenai Islamophobia yang ada di negaranya.
Menjadi inspirasi kepada ramai orang, Arnound di laman Instagram peribadinya rajin berkongsi mengenai kehidupannya bergelar seorang Muslim serta kata-kata yang indah mengenai Islam.
Semoga dengan penghijrahan beliau ini, masyarakat dunia akan melihat Islam dari sisi yang lain dan berbeza; lebih baik dan bukannya bersifat terorism.
Sumber: The Guardian
Speak Your Mind