Rahsia Masyarakat Jepun Kekalkan Kebersihan

Rahsia Jepun Bersih
Sumber: Japan Today

Apabila bercakap tentang Jepun, perkara yang kita akan terdetik ialah kemajuan teknologi dan kepesatan pembangunan di negara matahari terbit itu.

Ini menjadikan Jepun salah satu negara termaju di dunia dan walaupun ditimpa pelbagai musibah dan bencana besar, namun mereka pantas untuk bangkit dan teruskan hidup untuk berdaya saing dengan negara kuasa veto yang lain.

Selain itu, salah satu perkara paling menguja orang luar tentang Jepun adalah betapa bersihnya negara itu jika di pandang mana-mana sudut. Jika melancong ke Jepun, sukar untuk menemui tukang bersih atau tukang sapu di tepi jalan seperti di kebanyakan negara lain.

Apakah rahsia di sebalik Jepun mengekalkan kebersihan di negaranya?

Kebanyakan pengunjung kali pertama ke Jepun akan tersentak dengan tahap kebersihan negara matahari terbit itu, apatah lagi tiada tong sampah dan penyapu di tempat awam sehingga menimbulkan persoalan bagaimana Jepun mengekalkan kebersihan.

Jawapannya mudah, masyarakat Jepun sendiri memastikan rumah mereka bersih. Kanak-kanak Jepun diwajibkan membersihkan kawasan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru mereka. Ia dilakukan bagi melahirkan generasi baru yang sederhana, berdisiplin dan menjaga kebersihan.

Rahsia Jepun Bersih
Sumber: Yusuke Japan Blog

Di rumah, ibu bapa mereka mengajar menjaga kebersihan di sekeliling termasuk kesedaran sosial yang membantu kanak-kanak memupuk kesederanan kebersihan.

Rutin menjaga kebersihan bukan sahaja hanya di rumah dan sekolah, masyarakat sana turut melakukan rutin pembersihan kereta api Jepun Shinkansen selama tujuh minit yang menjadi tarikan pelancong di sana.

Malah penyokong bola sepak Jepun sendiri mementingkan kebersihan dan ini dapat dilihat semasa penganjuran Piala Dunia Brazil 2014 dan Rusia 2018, pasukan Jepun mengutip sampah di stadium selepas perlawanan.

Rahsia Jepun Bersih
Sumber: HindustanTimes
Rahsia Jepun Bersih
Sumber: Fecielo

Mereka sangat sensitif dan peka mengenai maruah, imej dan reputasi negara di mata luar dan mereka tidak sanggup dinilai pihak luar sebagai warganegara yang pengotor kerana tidak tahu menjaga kebersihan negara sendiri.

Segala amalan membersih dan memasak dianggap sebagai satu latihan spiritual atau keagamaan oleh masyarakat Jepun dalam kehidupan seharian yang wajib dilaksanakan. Mereka mempercayai, ketidaksucian atau sifat kotor yang bertentangan dengan kesucian dan ritual kebersihan, wajib disingkirkan kerana ia membawa keburukan kepada masyarakat.

Sumber: Malaysia Gazette

Speak Your Mind

*