Tak Mampu Bayar Sewa Tapak, Kubur Mayat Di Guatemala Dibongkar Semula

Mayat Perkuburan Guatemala

Terletak di Amerika Tengah, Guatemala merupakan sebuah negeri yang terbesar dan mempunyai paling ramai penduduk iaitu seramai 8 juta penduduk serta terkenal sebagai pusat utama kebudayaan Pra-Columbia.

Akan tetapi, tahukah anda di Guatemala hampir separuh daripadanya hidup dalam kemiskinan dan mayat daripada keluarga tidak berkemampuan akan turut menerima penderitaan ditindas?

Di Guatemala, mayat akan dikumpulkan di tanah perkuburan yang sudah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu perkuburan umum dan perkuburan khas.

Kawasan perkuburan khas merupakan perkuburan yang disiapkan dengan keranda dan perlu disewa dengan kadar USD24 dolar (RM100.24) dalam kontrak empat tahun.

Mayat Perkuburan Guatemala 1

Manakala kawasan perkuburan umum merupakan satu perkuburan yang akan menempatkan mayat-mayat yang tidak disimpan di kawasan perkuburan khas selepas surat notis meminta keluarga melakukan pembayaran tidak dibalas.

Kebanyakan mayat yang dibuang ke dalam perkuburan umum dibalut menggunakan plastik dan tidak diketahui identitinya kerana keadaan mayat yang sudah bercampur menyebabkan proses mengenal pasti menjadi sukar.

Mayat Perkuburan Guatemala 4
Mayat Perkuburan Guatemala 2
Mayat Perkuburan Guatemala 6
Mayat Perkuburan Guatemala 3

Pada tahun 2015, dunia pernah digemparkan dengan berita mayat bayi yang dibongkar keluar dari kerandanya gara-gara ketidakmampuan keluarganya membayar sewa.

Mayat Perkuburan Guatemala 5

Mayat bayi yang sudah reput itu didapati dibalut dengan selimut dan ditanam bersama dengan anak patung dan botol susu itu dibongkar dengan menggunakan tukul besi dan kemudiannya dibuang ke dalam perkuburan umum.

Mayat Perkuburan Guatemala 7

Kebiasaannya mayat yang dibuang ke dalam kawasan perkuburan umum tidak akan disertakan dengan barang-barang peribadi mereka. Di Guatemala, keadaan ini adalah biasa. Dengan kepadatan penduduk seramai 8 juta dan 4 juta daripadanya hanyalah bekerja dengan gaji USD9 (RM37.59) menyebabkan ketidakmampuan mereka membiayai kos penyimpanan mayat.

Sumber: Totally Cool PixWashington Post

Speak Your Mind

*