‘Topeng Besi’ Untuk Perempuan Kuat Membawang

No photo description available.

Tahukah anda, pada suatu ketika dahulu mereka yang ditangkap bergosip akan dikenakan hukuman?Pada zaman Pertengahan, wanita yang ditangkap akan dikenakan hukuman memakai topeng muka besi yang dipanggil Scold’s Bridle.Istilah Scold’s Bridle diambil daripada perkataan:

1. Scold’s – perbuatan menghina yang dilihat sebagai menjengkelkan dan mengganggu (kebiasaannya menunjukkan kepada wanita)

2. Bridle – penutup kepala atau topeng yang dipakaikan kepada kuda semasa penunggang mahu kuasa yang lebih dominan.

May be a black-and-white image of one or more people

Scold’s Bridle berbentuk seperti topeng muka yang mana di bahagian mulutnya ada besi kecil yang perlu mereka masukkan ke dalam mulut dengan tujuan menghalang pemakainya daripada bercakap.Dan pemakainya ialah daripada wanita yang kuat membawang.

Ada di antara topeng ini akan diletakkan paku di kawasan mulut yang boleh menyebabkan paku mencucuk ke lidah sekiranya pemakainya cuba untuk bercakap.Sekiranya seorang suami mengetahui isterinya terlibat dalam aktiviti membawang tersebut, mereka sendiri akan memakaikannya di muka isteri sebagai pengajaran.

May be an image of one or more people

Ada juga yang akan memasang loceng, membawa isteri mereka keluar mengelilingi kawasan kediaman dan menggalakkan orang ramai untuk mengeji serta meludah pada isterinya.Menjelang akhir abad ke-16, tradisi hukuman ini semakin kurang popular sehinggalah ianya dihapuskan secara sepenuhnya menjelang penjajahan kolonis Amerika.

Sekiranya hukuman membawang ini tetap diteruskan sehingga ke hari ini, agak-agaknya ada tak istilah membawang ya?

Kredit: Muji ODISI

Speak Your Mind

*