Universiti Oxford Haramkan Amalan Tepuk Tangan Bagi Hormati Majlis

Universiti Oxford Haramkan Tepuk Tangan 2

Amalan tepuk tangan merupakan amalan biasa bagi menunjukkan rasa penghargaan kepada sesuatu atau pun seseorang. Kadang-kala tepukan ini akan diselitkan dengan jeritan dan sorakan yang kuat daripada penonton.

Universiti Oxford Haramkan Tepuk Tangan

Namun amalan ini ditentang oleh kumpulan pelajar di Universiti Oxford kerana dikatakan bunyi bising yang dihasilkan dari tepukan boleh menjadi pemacu kepada mereka yang menghidap gangguan anxiety (kebimbangan) dan autism.

Bagi menggantikan ritual tepuk tangan, mereka mencadangkan agar pihak pentadbiran menggunakan ekspresi isyarat tangan British (Britsh Sign Language) iaitu jazz hand yang hanya menggunakan lambaian tangan.

Pegawai kesatuan pelajar, Roisin McCallion memberitahu dasar baharu ini akan menjadikan Universiti Oxford lebih dikenali sebagai universiti yang ‘mesra’ kepada semua golongan.

Universiti Oxford bukanlah universiti pertama yang mengharamkan amalan menepuk tangan ini, sebaliknya ianya dimulakan oleh Universiti Manchester pada Oktober tahun lalu dengan tujuan mahu menggalakkan penonton lebih menghormati majlis yang berlangsung.

Sumber: Newshub

Speak Your Mind

*