Universiti Sediakan Kubur Khas Untuk Pelajar Lepaskan Tekanan

kubur Khas Lepas Tekanan Pelajar 2

Sebuah universiti di Belanda iaitu Universiti Radboud didapati menyediakan sebuah kubur untuk pelajar-pelajarnya melepaskan tekanan dalam menghadapi peperiksaan.

Kaedah unik yang dijalankan universiti tersebut menjadi tular apabila seorang pelajar dari universiti tersebut telah memuat naik satu hantaran mengenainya di media sosial.

kubur Khas Lepas Tekanan Pelajar

Kubur khas tersebut menjadi popular sehinggakan pelajar terpaksa diletakkan dalam senarai menunggu bagi mendapatkan giliran menggunakannya. Walaupun begitu, ramai yang sanggup menunggu demi merasai pengalaman unik tersebut.

Dilengkapi dengan selimut dan tikar untuk keselesaan, kubur yang dikenali sebagai purification grave ini diasaskan bagi tujuan menyedarkan pelajar agar menghargai nyawa dan kehidupan mereka di dunia ini yang pastinya akan berakhir dengan kematian.

Di sisi kubur, terdapatnya poster memaparkan tulisan bahasa Latin iaitu momento mori yang membawa maksud ‘ingatkan anda akan mati’ yang dirasakan membantu pelajar mengawal keresahan mereka mengenai masa hadapan.

kubur Khas Lepas Tekanan Pelajar 1

Rata-rata pelajar yang menggunakan kubur tersebut mengakui kaedah ini berkesan dalam membersihkan serta menenangkan minda mereka mengenai kehidupan mendatang.

Bukan itu sahaja, universiti ini turut menawarkan khidmat pod tidur dan perkhidmatan kaunseling biasa selain daripada bilik khas untuk pelajar mereka menangis kerana percaya kesemua ini mampu membantu pelajar mereka menjadi manusia yang lebih baik.

Sumber: Vice

Speak Your Mind

*