Usia 88 Tahun Bukan Penghalang Moyang 38 Cicit Ini Genggam Segulung Ijazah

Tok Wan Terima Ijazah 2

Meskipun sudah bergelar moyang, warga emas berusia 88 tahun ini tetap gigih menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat terutamanya kepada mereka yang bergelar pelajar atau penuntut universiti tentang pendidikan tanpa mengira usia.

Wan Zainun Wan Abd Manan yang berasal dari Kuala Terengganu atau lebih mesra disapa sebagai Tok Wan ini berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dalam Majlis Konvokesyen ke-23 Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Dewan Merdeka, PWTC, Ahad lalu (22 September).

Tok Wan Terima Ijazah 1

Beliau yang turut menerima Anugerah Khas Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan pesara guru besar di SK Bukit Tunggal, Kuala Terengganu pada tahun 1987 mengakui proses pembelajaran masa kini bukannya mudah, terutamanya daripada segi teknologi.

Namun dengan bantuan dan sokongan daripada kaum keluarga (tujuh anak, 29 cucu) terutamanya menantu yang sanggup mengambil dan menghantarnya ke kampus untuk mencari buku dan maklumat di internet.

Tok Wan Terima Ijazah
Tok Wan Terima Ijazah 2

Tok Wan yang mula menyambung pengajian bermula 2014 mengakui semua halangan yang beliau hadapi merupakan pemangkin semangat untuk berjaya menamatkan pengajian.

Memang gemar belajar, Tok Wan merasakan bahawa dengan mendalami ilmu beliau akan merasa diri lebih sihat kerana otak sentiasa berfikir, tambahan pula beliau yang memang menjadikan buku sebagai teman karib disebabkan tugasnya sebagai seorang pendidik.

Tok Wan Terima Ijazah 3

Berharap agar kejayaan yang dikecapi menjadi pemangkin semangat untuk cucu dan cicitnya bagi menimba ilmu, Tok Wan memberitahu jika diberikan kesihatan beliau mahu untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai anak muda yang masih sihat dan bertenaga, tidak tercabarkan melihat usaha dan kejayaan Tok Wan demi mencapai segulung ijazah?

Sumber:  Sinar Harian

Speak Your Mind

*