Archives for January 30, 2022

Orange Tortoise Spider

May be an image of nature

Subhanallah wabihamdihi.

Orange Tortoise Spider,..

Labah labah yang hanya ada di kawasan lembab di hutan Amazon Brazil, Ecuador dan Peru. Labah labah ini telah dinobatkan sebagai labah labah tercomel di antara semua labah labah.

Namun begitu, jumlahnya semakin berkurang kerana penerokaan hutan Amazon.

Samseng Jalan Raya

May be an image of 2 people, animal, road and street

Ini baru lah dikatakan samseng jalan raya.. ?

2 ekor kerbau ini menghalang laluan sebuah kereta lamborghini di India.

Situasi ini adalah biasa di India di mana lembu, kambing dan kerbau berkeliaran di bandar.

Cuma jangan horn pada binatang binatang ini takut jikalau ia terkejut menyebabkan kereta anda akan di tanduknya.. ?

Pekan di Antartika arah bakal penduduk buang apendiks

May be an image of 1 person, standing, snow and arctic

PULAU KING GEORGE, CHILE – Sebuah pekan terpencil di benua Antartika melaksanakan peraturan yang mewajibkan penduduk yang bakal menetap di situ untuk menjalani prosedur membuang apendiks, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Villas Las Estrellas, satu dari dua kawasan penempatan manusia di Antartika mempunyai bilangan penduduk maksimum seramai 100 orang, yang kebanyakannya terdiri daripada para penyelidik dan anggota tentera.

Mereka yang ditempatkan di situ menerusi kontrak jangka panjang perlu memastikan diri sendiri dan ahli keluarga untuk membuang apendiks sebelum dibenarkan menetap di kawasan tersebut.

Ini disebabkan oleh lokasi hospital terdekat yang terletak pada jarak 1,005 kilometer, sekali gus akan mengancam nyawa sekiranya terdapat individu didapati menghidap apendisitis dan tidak dirawat dengan segera.

Sistem penjagaan kesihatan yang terhad juga membuatkan penduduk wanita tidak digalakkan untuk hamil sepanjang tempoh mereka menetap di situ.

Selain itu, ketika musim sejuk, penduduk diarahkan untuk kekal berada di dalam rumah atau mereka berdepan dengan risiko mati kesejukan ekoran suhu yang boleh jatuh di bawah paras -47 darjah Celsius. Suhu pada musim panas adalah sekitar 2 darjah Celsius.

Kemudahan lain yang disediakan di pekan itu adalah pejabat pos, sebuah sekolah kecil, sebuah bank dan beberapa kemudahan asas lain.

Villas Las Estrellas juga merupakan sebuah lokasi tumpuan pelancong yang popular dengan tarikan-tarikan seperti penguin, kawasan ski dan ekspedisi kereta salji. – AGENSI

Tasik Karachay, Rusia

May be an image of outdoors

Walaupun kelihatan indah, tasik Karachay, Rusia mungkin tempat terakhir di muka bumi yang anda pilih untuk anda lawati. Hanya dengan berdiri di tepi tasik yang indah ini selama satu jam, anda akan mendapat dos radiasi persamaan sebanyak 600 kali x-ray, lebih daripada cukup untuk membunuh anda. Tasik ini mengandungi lebih daripada 200,000 kali jumlah biasa radioaktif, kerana amalan pembuangan sisa berbahaya.

Terletak jauh di Pergunungan Ural Rusia, berhampiran dengan sempadan Kazakhstan, tasik Karachay adalah sebahagian dari Mayak Production Association, salah satu kemudahan nuklear terbesar (leakiest) di negara ini. Dibina pada tahun 1940, selepas Perang Dunia II, Mayak adalah salah satu kilang yang paling penting untuk senjata nuklear, yang tidak boleh diakses kepada orang luar selama 45 tahun. Setelah Presiden Boris Yeltsin menandatangani dekri pada tahun 1992, kawasan itu di lawati oleh ahli-ahli sains, dan di isytiharkan sebagai kawasan yang paling tercemar di planet ini.

Kerosakan yang dilakukan oleh pengurusan sisa nuklear yang berbahaya di keseluruhan rantau Chelyabinsk dan telah menyebabkan peningkatan 21 peratus dalam kes-kes kanser, peningkatan 25 peratus dalam kecacatan kelahiran, dan peningkatan sebanyak 41 peratus leukemia. 50 peratus daripada penduduk yang mempunyai anak telah diberikan steril. Daripada 40 buah kampung di tebing sungai hiliran dari Mayak, 23 terpaksa dipindahkan.

Burung Merak Terbang?

May be an image of bird and nature

Subhanallah wabihamdihi..

Boleh kah burung merak terbang.. Maka Jawapannya adalah ya.

Seperti burung burung yang lain, Merak mampu terbang namun begitu jarak penerbangan dan ketinggiannya terhad kerana berat tubuhnya.

Burung Merak juga boleh berlari dengan kelajuan 16km/j.

Dari foto di bawah, Merak sememangnya adalah burung yang cantik. Malah saat ia terbang pun nampak bergaya dan menawan. ?

Susu Flamingo

May be an image of wading bird

Subhanallah wabihamdihi..

Jika pertama kali tengok foto di bawah, pasti kita akan menganggap bahawa Seekor Flamingo mematuk kepala flamingo yang sedang memberi makanan buat anaknya sehingga darah mengalir.

Foto ini telah menjadi perbahasan seluruh warga Internet pada February 2020 yang lalu.

Akan tetapi, cerita sebenarnya adalah..

Cecair merah yang kelihatan di dalam foto ini sebenarnya adalah susu flamingo. Susu flamingo adalah berwarna merah kerana kandungan protein dan lemak yang tinggi dan juga faktor pemakanannya iaitu algae merah dan crustaceans (undang kecil berwarna mera).

Oleh itu, apa yang terpapar di foto sebenarnya adalah susu flamingo yang dikeluarkan oleh Seekor Flamingo ke atas kepala ibu flamingo yang mengalir hingga ke paruh ibunya lalu menitis ke dalam mulut anak flamingo.

Apa yang menarik perhatian saya, Di mana susu flamingo di hasilkan di trakea dan melalui esofagus.

(adeh, buat Suspen je kan.. ?

Sweating Blood

May be an image of outdoors

Subhanallah wabihamdihi..

Saya rasa ramai di antara kita mengatakan bahawa badak air ini mengalami luka luka sehingga menampakkan darahnya.

Jika ya, anda berfikiran sama dengan para saintis dan pengkaji haiwan yang menganggap warna merah pada badan badak air adalah darah.

Namun begitu, selepas dikaji sebenarnya ia bukanlah darah. Akan tetapi ia adalah air peluh badak air. Dan ya, peluh badak air memang berwarna merah.
Menakjubkan.. Kan.. ?

Ia digelar sweating blood, yang mengandungi asid hipposudoric. Ia dikeluarkan melalui kelenjar yang berada di lapisan kulit badak air.

Tasik Segitiga Michigan

May be an image of map, sky and text that says "Michigan Ludington Manitowoc WI Milwaukee Benton Harbor Chicago"

Segitiga Michigan merujuk pada sebuah tasik yang terletak di diantara Wisconsin dan Michigan Amerika Syarikat seluas 97,990 batu persegi ..

Bukan sahaja dengan kejadian tetapi hampir 40 pesawat juga dilaporkan turut hilang sebaik melintasi Tasik Michigan.

Tasik Michigan ini mulai dianggap misterius dan merbahaya semenjak hilangnya Kapten George Donner secara misterius ketika menambang batubara sekitar tahun 1937. Kemudian 13 tahun kemudian pesawat Northwest Airlines 2501 yang membawa 55 penumpang dan 3 kru hilang tanpa jejak, bahkan bangkai pesawat pun tak pernah diketemukan.

Beberapa saksi juga menyatakan bahawa mereka pernah melihat objek aneh mirip pesawat banyak beterbangan di sekitar tasik tersebut

©

History Collection

Misteri Kematian Chris Cornell

May be an image of 1 person and indoor

Nama Chris Cornell sangatlah gah dan popular dalam dunia hiburan. Beliau adalah penyanyi, penulis lirik dan juga ahli muzik. Beliau juga merupakan vokalis kepada band Soundgarden.

Pada tanggal 18 Mei 2017, satu kejadian telah berlaku. Pada tarikh itu jam 12:15 pagi, mayat Chris telah ditemui di bilik hotel bernombor 1136 di Hotel MGM Grand di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat.

Tarikh itu merupakan satu hari selepas Chris melakukan persembahan secara langsung bersama band Soundgarden di Konsert Fox Theater pada 17 May 2017.

Mayat Chris ditemui dalam keadaan terbaring di dalam bilik air hotel itu bersama “resistance band” yang digunakan untuk senaman terbelit pada lehernya serta darah yang banyak keluar dari mulutnya.

Pihak polis telah mengklasifikasikan kes kematian Chris sebagai bunuh diri. Bukan sekadar polis sahaja, pihak hospital Wayne County Medical turut sama mengeluarkan autopsi yang mengatakan Chris mati bunuh diri.

Pihak polis mendakwa tiada sesiapa pun yang dilihat masuk atau keluar ke dalam bilij Chris melalui pemerhatian mereka dalam CCTV di hotel itu.

Pihak hospital pula berpendapat Chris mati dengan cara menjerut lehernya sendiri dan tidak melibatkan sebarang pil dadah.

Namun, perkara ini dibantah sepenuhnya oleh isteri Chris. Isteri Chris mendakwa Chris tidak bunuh diri sebaliknya dia dibunuh.

Isteri Chris turut berkata pada malam setelah selesai konsert itu, dia ada berjumpa dengan Chris. Waktu itu, Chris dalam keadaan ketakutan dan hanya berjumpa dengan dia sekejap sahaja kemudian berlalu pergi.

Bukan sekadar isteri Chris, peminat-peminat Chris juga turut sama tidak berpuas hati dengan keputusan itu

Ramai yang membantah dan mencabar keputusan polis hingga menyebabkan pihak polis membuat siasatan sekali lagi.

Pihak polis cuba memeriksa panggilan masuk dari telefon bimbit Chris pula. Cuma dua nombor yang menghubungi Chris pada malam sebelum dia mati iaitu isteri Chris sendiri dan juga bodyguard Chris sendiri.

Sejak itu, bodyguard Chris menjadi suspek utama dalam kes. Malangnya, tidak ada bukti yang kukuh untuk sabitkan dia.

Bukan itu sahaja, bodyguard Chris juga turut berkata dia telefon Chris untuk pastikan Chris berada dalam keadaan okey kerana dia berasa tidak sedap hati terhadap Chris

Akhirnya, bodyguard Chris terlepas daripada tuduhan. Isteri Chris masih tidak berpuas hati. Dia berpendapat tidak logik untuk mendiang suaminya itu melilit lehernya sendiri sehingga mati.

Walau bagaimanapun, disebabkan tiada bukti yang kukuh, kes ini telahpun ditutup dan disimpulkan sebagai kes bunuh diri.

Ia tetap menjadi misteri kerana walaupun telah dikategorikan sebagai mati bunuh diri namun keadaan mayat Chris ditemui tetap menjadi keraguan.

Okay, bayangkan diri anda sebagai detektif Conan. Cuba bagi pendapat anda, adakah Chris ini mati dibunuh ataupun bunuh diri?

Dargavs: Kampung Orang Mati Menyeramkan di Russia.

May be an image of monument and nature

Cuba bayangkan anda tersesat di sebuah kampung dan yang peliknya, tiada sesiapapun di kampung itu melainkan tulang-temulang manusia yang banyak serta mayat-mayat manusia yang bergelimpangan di seluruh kampung.

Walaupun anda rasa tempat ini macam mustahil namun hakikatnya tempat ini benar-benar ada di dunia ini.

Nama kampung ini adalah Dargavs. Ia terletak di pinggir negara federasi Russia yang bersempadan dengan Georgia.

Kampung Dargavs digelar sebagai “village of the dead” ataupun kampung untuk orang mati.

Terdapat sebayak 10,000 mayat di seluruh kampung ini. Pelbagai jenis mayat ada. Ada yang daging-dagingnya sedang mereput dan ada juga yang tulang rangka sahaja.

Bukan itu sahaja, malah ada juga mayat yang diawet dan masih dalam keadaan baik dan dipakai dengan pakaian yang cantik.

Banyak juga barangan-barangan milik mayat yang diletakkan di sini.

Ada dua teori tentang “origin” ataupun permulaan bagaimana asalnya Dargavs sebagai kampung untuk orang mati.

Teori pertama adalah kampung ini dijadikan tanah perkuburan besar-besaran setelah wilayah itu menghadapi pandemik wabak penyakit pada abad ke 17 dan 18.

Teori kedua adalah tempat ini dijadikan tanah perkuburan besar-besaran apabila wilayah itu dijarah oleh askar Mongol pada abad ke 13.

Walau apa pun teorinya, sehinggalah ke hari ini, kampung ini masih dijadikan tempat menyimpan mayat.

Orang yang mati di wilayah ini, mayatnya akan dibawa ke sini dan ditinggalkan di sini. Ada mayat yang diawet dan ada yang tak.

Ada urban legend daripada masyarakat tempatan yang mengatakan jika seseorang itu datang bermalam di sini, maka dia tidak akan dapat keluar dengan hidup lagi. Begitulah sumpahan kampung mayat ini.

Ada yang berani tak nak pergi kampung ini?