Adakah anda takut untuk ‘terbang’?

Semua orang mempunyai ketakutan mereka yang tersendiri. Contohnya, ada individu yang mengelak untuk ‘terbang’ hanya kerana perasaan takut ‘terperangkap’ di ruangan udara.

Jika anda takut kepada ketinggian, menurut juruterbang perasaan takut inilah yang perlu dibuang sebelum memasuki ke dalam ruangan pesawat.

Jangan pernah menganalisis riak muka dan ekspresi daripada pramugari kerana ianya adalah sesuatu yang mustahil dan sia-sia. Apabila berada dalam keadaan takut dan cemas, anda boleh menjadi salah dalam mentafsir.

Individu yang berada dalam keadaan cemas selalunya ‘berhalusinasi’ dan berkemungkinan besar salah mengintrepretasikan situasi dalam pesawat.

Contohnya riak muka dan kelakuan pramugari yang berulang alik di kawasan tempat duduk serta berbisik antara satu sama lain.

Jangan Lakukan Perkara Ini Dalam Pesawat

Tahukah anda, jika kakitangan kabin menyedari tentang kecelakaan yang akan berlaku, pastinya akan ada pengumuman di dalam pesawat dan penumpang akan disuruh untuk bersedia untuk memakai topeng udara.

Jadi selepas ini, jika anda sering merasa takut untuk ‘terbang’ apa kata tenangkan diri sebelum masuk ke dalam ‘perut pesawat’ dan sentiasa berdoa semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi.

Sumber: Mirror UK

Speak Your Mind

*