Pada tahun 1909, Canada telah melancarkan ambulan auto pertamanya di dunia. Mereka membuat pelancaran ambulan auto itu di jalan raya Vancouver.
Ketika pelancaran itu, ambulan auto ini dibawa mengelilingi seluruh bandar Vancouver.
Malangnya, satu tragedi yang mengerikan telah berlaku ketika di jalan raya.
Ambulan Auto ini telah melanggar seorang lelaki yang merupakan pejalan kaki yang sedang melintas jalan raya.
Identiti lelaki ini dikenali sebagai C.F. Keiss yang merupakan seorang pelancong Amerika yang berasal dari Austin, Texas.
Menurut saksi, ambulan auto itu melanggar Keiss yang sedang melintas jalan hingga menyebabkan dia terjatuh dan kemudiannya tubuhnya diseret pula di jalan raya itu.
Menurut saksi juga, Keiss belum meninggal dunia setelah dilanggar. Dia masih hidup walaupun cedera parah.
Ambulan Auto itu telah melakukan tugasnya yang pertama iaitu membawa Keiss ke hospital.
Malangnya, sebelum sempat sampai ke hospital Keiss dah meningga dunia di dalam ambulan itu.
Ambulan Auto itu telah memegang rekod apabila seorang pesakit mati di dalamnya pada hari pelancarannya.