‘Belajar Tidak Buat Kamu Muslim’ – Pemuda Sikh Bangga Bapa Celik Jawi

Keindahan sistem tulisan setiap kaum termasuk Jawi perlu diraikan dengan lebih adil untuk dihayati bersama demi pembentukan negara bangsa.

Jika Bengkel Penulisan Kaligrafi Tahun Baru Cina anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Zon Lembah Pantai diadakan untuk memupuk semangat perpaduan, tulisan Jawi juga wajar memperoleh mandat yang sama.

Dalam pada isu pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular terus memuncak, seorang pemuda Sikh, Baljit Singh membuktikan bapanya mahir membaca dan menulis Jawi sejak muda.

Baljit memuat naik sebuah gambar keratan akhbar jawi Utusan Melayu Mingguan yang tidak diketahui tarikh terbitan memaparkan bapanya, Bulbir Sigh sedang membaca akhbar bertulisan Jawi.

Menurut Baljit, bapanya adalah seorang penulis beberapa akhbar tempatan menceburi bidang penulisan sejak usia 12 tahun lagi. Beliau mengagumi kewibawaan bapanya yang bukan sahaja mahir membaca malah menulis dalam Jawi.

Belajar Jawi Tak Buat Jadi Muslim
Sumber: FB Baljit Sigh

“Pembelajaran jawi sebenarnya tidak akan buat kamu jadi Muslim atau belajar bahasa Inggeris menjadikan kamu Kristian.

“Mari kita semua jangan terlalu risau tentang ini dan maju dalam kehidupan harmoni. Jom belajar benda baru!” catatnya di laman Facebook yang memperoleh lebih 2 ribu perkongsian dan 5 ribu tanda suka.

Pendapat kami, hak dan kedudukan tulisan Jawi sepatutnya dihormati dan diraikan bersama, bukannya dijadikan bahan permainan politik pihak berkepentingan.

Sumber: Baljit Singh

Speak Your Mind

*