Budak Lelaki Ini Memiliki Warna Biji Mata Yang Berbeza

May be an image of person, child and cat

Seorang budak lelaki bernama Madden yang berusia 7 tahun dari Oklahoma, Amerika Syarikat merupakan budak yang unik.

Hal ini demikian kerana beliau memiliki kedua-dua biji mata yang memiliki warna berbeza bagi kedua-duanya.

Sebenarnya beliau adalah seorang budak Orang Kurang upaya (OKU). Penyakit ini bernama heterochromia iridum iaitu penyakit di mana seseorang itu memiliki dua warna biji mata yang berbeza.

Apa yang menyedihkan adalah beliau sering dihina dan dipermain-mainkan kerana warna matanya yang pelik.

Rakan-rakannya di sekolah sering membulinya kerana kekurangannya itu.

Nak dijadikan cerita, Madden telah menemui seekor kucing peliharaan yang manja dan menjadi rakan baiknya.

Lebih unik, kucing tersebut juga memiliki warna mata sama seperti Madden, iaitu dua warna biji mata yang berbeza.

Kebetulan yang sangat menarik. Yelah, dia mampu jumpa kucing yang ada warna mata sama sepertinya.

Penyakit heterochromia iridum ini adalah penyakit yang sangat “rare”. Hanya kurang daripada 1% populasi dunia menghidap penyakit ini.

Comel pulak nampak kucing itu kan?

Speak Your Mind

*