Cuba bayangkan anda tersesat di sebuah kampung dan yang peliknya, tiada sesiapapun di kampung itu melainkan tulang-temulang manusia yang banyak serta mayat-mayat manusia yang bergelimpangan di seluruh kampung.
Walaupun anda rasa tempat ini macam mustahil namun hakikatnya tempat ini benar-benar ada di dunia ini.
Nama kampung ini adalah Dargavs. Ia terletak di pinggir negara federasi Russia yang bersempadan dengan Georgia.
Kampung Dargavs digelar sebagai “village of the dead” ataupun kampung untuk orang mati.
Terdapat sebayak 10,000 mayat di seluruh kampung ini. Pelbagai jenis mayat ada. Ada yang daging-dagingnya sedang mereput dan ada juga yang tulang rangka sahaja.
Bukan itu sahaja, malah ada juga mayat yang diawet dan masih dalam keadaan baik dan dipakai dengan pakaian yang cantik.
Banyak juga barangan-barangan milik mayat yang diletakkan di sini.
Ada dua teori tentang “origin” ataupun permulaan bagaimana asalnya Dargavs sebagai kampung untuk orang mati.
Teori pertama adalah kampung ini dijadikan tanah perkuburan besar-besaran setelah wilayah itu menghadapi pandemik wabak penyakit pada abad ke 17 dan 18.
Teori kedua adalah tempat ini dijadikan tanah perkuburan besar-besaran apabila wilayah itu dijarah oleh askar Mongol pada abad ke 13.
Walau apa pun teorinya, sehinggalah ke hari ini, kampung ini masih dijadikan tempat menyimpan mayat.
Orang yang mati di wilayah ini, mayatnya akan dibawa ke sini dan ditinggalkan di sini. Ada mayat yang diawet dan ada yang tak.
Ada urban legend daripada masyarakat tempatan yang mengatakan jika seseorang itu datang bermalam di sini, maka dia tidak akan dapat keluar dengan hidup lagi. Begitulah sumpahan kampung mayat ini.
Ada yang berani tak nak pergi kampung ini?