Dengan tekad yang kuat mahu menuntut ilmu, seorang pelajar yang datang daripada keluarga miskin sanggup menggunakan daun pisang untuk mencatat ilmu yang dipelajarinya.
Datang daripada keluarga yang miskin, pelajar lelaki Lianga National Comprehensive School di Filipina ini tidak menjadikan alasan kesusahan keluarganya sebagai penghalang meneruskan pendidikan.
Kisah Erlande Monter yang dikongsikan sejak empat bulan lalu oleh gurunya, Arcilyn Azarcon menyentuh hati ramai pihak yang mengagumi kekentalan jiwanya.
Menurut Azarcon, semasa beliau menyuruh anak muridnya menyalin nota yang ditulis di papan putih, beliau perasan Monter menyalinnya di daun pisang dan tidak malu mengenainya.
Bercita-cita mahu menjadi seorang askar, sama seperti kanak-kanak lain ‘buku nota’ Monter tidak terlepas daripada diselitkan dengan lukisan doodle.
Manakala, sebuah sekolah di India yang dibina untuk kanak-kanak miskin telah mengajar murid-muridnya untuk mahir menulis dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
Percaya ianya tidak hanya sekadar bergantung kepada bakat semata, mereka menyediakan latihan kepada pelajar-pelajarnya setiap 15 minit dalam 45 minit masa pembelajaran.
Speak Your Mind