Jika fenomena berpegangan tangan antara dua orang individu lelaki berlaku di Malaysia, ramai daripada kita akan cepat membuat andaian bahawa mereka adalah pasangan ‘kunyit’. Akan tetapi, mengapa budaya berpegangan tangan malah berlaga hidung antara kaum lelaki dianggap normal di sesebuah negara sebagai contoh di India, Bangladesh dan Arab? Ini sebab mengapa ianya berlaku.
Seorang jurugambar, Vincent Dolman dalam temu bual bersama media Next Shark mendedahkan perbuatan berpegangan tangan di India adalah sesuatu yang normal dalam menyatakan keeratan hubungan antara keduanya, sama ada sebagai ahli keluarga atau pun rakan baik.
Pernah tersenarai dalam anugerah Prix Pictet Prize 2019 menerusi projek Holding Hands, Vincent memperlihatkan ‘keindahan’ di sebalik perilaku ini melalui seni fotografi.
Walaupun Barat menolak skinship antara individu lelaki, menurut seorang profesor di Universiti Beirut, Samir Khalaf, berpegangan tangan adalah ekspresi terbaik dalam menggambarkan hubungan antara saudara lelaki dan ianya adalah perbuatan kasih sayang, hormat dan perpaduan paling biasa tanpa konotasi seksual.
Di Arab, tidak menyambut salam saudara lelaki boleh diintrepetasikan sebagai tanda jarak atau penghinaan, ini termasuklah dalam berjabat tangan, mencium pipi, malah melagakan hidung.
Menurut Fuad Ishak Khuri, salah seorang ahli antropologi sosial dalam bukunya The Body in Islamic Culture (2001), perbuatan-perbuatan berkenaan mencerminkan sikap setia, kesamaan status dan persahabatan berpanjangan.
Ini sebab mengapa budaya pegang tangan antara lelaki dianggap normal oleh sesetengah negara
Kebudayaan Arab secara sejarah telah memisahkan lelaki dan wanita menjadikan emosi serta perasaan kasih sayang disalurkan kepada jantina yang sama.
Bagi memupuk perpaduan serta rasa hormat dalam kalangan rakyat di Malaysia, mungkin kita perlu mengurangkan stigma pada ‘sentuhan mesra’ seperti berpegangan tangan antara jantina sama, kot?
Sumber: Next Shark, NY Times
Speak Your Mind