Jarak Antara Planet Utarid Dan Matahari. Nampak Dekat Sebenarnya Jauh…Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari dan planet terkecil di dalam sistem suria. Diameternya adalah 40% lebih kecil daripada Bumi dan 40% lebih besar daripada Bulan.Permukaan di Utarid seakan-akan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Dalam Foto ini kelihatan planet Utarid (titik hitam) sedang melintas di hadapan Matahari menerusi suatu fenomena yang dikenali sebagai transit. Walaupun nampak seperti sangat hampir keduanya, namun purata jarak antara Utarid dan Matahari adalah sejauh 36 juta batu (58 juta kilometer).(FOTO: Transit Utarid pada 11 November 2019. Transit seterusnya akan berlaku pada tahun 2032. NASA/Bill Ingalls)
Speak Your Mind