Kissing Gourami: Ikan Berbibir Seksi

No photo description available.

Terdapat sejenis spesies ikan yang unik kerana memiliki bibir yang menawan dan juga seksi.

Bibirnya besar dan juga tebal. Nama ikan ini adalah Kissing Gourami. Turut juga dikenali dengan nama kissing fish.

Nama saintifik ikan ini pula adalah Helostoma temminckii. Ikan ini bersaiz kategori sederhana dan merupakan ikan air tawar.

Habitat asal ikan Kissing Gourami adalah dari perairan air tawar negara Indonesia dan juga Thailand.

Ikan ini mampu mencapai kepanjangan tubuh maksimum sehingga 30 centimeter ataupun 12 inchi.

Ikan ini juga memiliki pelbagai warna namun majoritinya berwarna merah jambu seperti ikan tilapia merah.

Ada tak sesiap bela ikan ni? Macam cantik je tengok mulut dia.

Speak Your Mind

*