Kucing “Fishing Cat”

May be an image of cat and big cat

Salah satu kucing jenis “wild cat” ataupun kucing liar yang garang adalah bernama kucing “Fishing Cat”.

Nama saintifik kucing ini adalah Prionailurus viverrinus. Habitat asal kucing ini adalah dari Asia Tenggara dan Asia Timur.

Apa yang lebih menarik adalah tempat tinggal kucing ini. Kucing spesies ini suka tinggal di kawasan berhampiran air.

Contohnya seperti di kawasan paya bakau, tepian sungai, tepian tasik serta kawasan “wetlands”. Mungkin sebab itulah ia digelar sebagai Fishing cat.

Kucing ini telah dikategorikan sebagai terancam dalam IUCN Red List. Hal ini demikian kerana populasinya yang semakin hari semakin mengurang kerana kawasan “wetlands” semakin berkurangan kerana dimusnahkan dan dibina bangunan.

Berat badan kucing ini adalah antara 5.1 hingga 6.8 kilogram. Besar juga saiznya. Panjang tubuh dari kepala hingga ke ekor pula adalah antara 57 ke 78 centimeter.

Lebih menarik adalah kucing ini bersifat “nocturnal” iaitu aktif dan berjaga serta bekerja pada waktu malam dan tidur pada waktu siang. Kucing ini juga mampu berenang dalam jarak yang panjang.

Hebat!

Scary kan tengok fizikal kucing ini? Ada tak sesiapa yang bela?

Speak Your Mind

*