Lelaki Ini Beri Mas Kahwin Dalam Bentuk Google AdSense Hasil Menulis Blog

Beri Mas Kahwin Dalam Bentuk Google AdSense

Sebut sahaja Indonesia, ada sahaja kisah unik yang tular dalam kalangan rakyatnya sehingga menjadi liputan media. Mungkin bagi kita terasa pelik tapi jika itulah budaya mereka, siapalah kita untuk menafikan?

Sepasang suami isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di Jawa Timur, Indonesia tular apabila memberikan hantaran kahwin dalam bentuk Google AdSense.

Menurut laporan, Majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 2 Ogos lalu menyaksikan Candra Bi menyerahkan mas kahwin Google AdSense bernilai AS$100 (~RM418) kepada isterinya, Mufida.

Pasangan itu telah disatukan dalam satu majlis di Dusun Ngetrep, Desa Sekaran, Kecamatan Kayen Kidul di Kabupaten Kendiri.

Menurut Chandra, dia mendapatkan Google AdSense itu menerusi aktiviti menulis blog yang menjadi sebahagian aktiviti kegemarannya.

Jika anda belum tahu, Google AdSense ini adalah program pengiklanan yang dijayakan oleh Google dan hosting tanpa had. Jadi, lelaki tersebut memperoleh wang itu dengan hasil Google AdSense melalui aktiviti menulis di blog.

Ia menjadi pendapatan utama akhbar dalam talian pada masa kini seperti Harian Metro, Berita Haria, Sinar Harian dan semua media di alam maya ini menggunakan program pengiklanan ini dan hasilnya dibayar dalam matawang USD.

Bagi Mas Kahwin Google Adsense
Sumber: Candrabi

Bercerita lanjut tentang pasangan ini, Candra juga berhasrat untuk mengajak isterinya terlibat dalam dunia blog.

“Ini nazar saya untuk mengajar ilmu blogging kepadanya. Ia bukan mudah kerana memerlukan masa untuk menjadi seperti saya,” ujar Candra yang meletakkan sasaran untuk memastikan isterinya yang juga seorang guru menjadi seorang blogger dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Katanya, pekerjaan sebagai blogger dan niat untuk menurunkan ilmu kepada isterinya turut mendapat persetujuan keluarga mentuanya.

“Saya berharap mas kahwin dan nazar saya ini dapat memberi manfaat kepada isteri saya dan kemudiannya ilmu tersebut diturunkan kepada murid-muridnya,” tambahnya lagi yang kini sedang berjinak-jinak menjadi seorang YouTuber.

Bukan sahaja di blog, iklan di YouTube juga juga dibayar oleh Google menerusi program ini juga. Patutlah ramai golongan muda dan selebriti yang membuat saluran YouTube sendiri kerana ini juga alternatif lain untuk mereka menjana pendapatan.

Mungkin cara pasangan ini bakal menjadi trend pada masa akan datang?

Sumber: Suara

Speak Your Mind

*