LIPATAN SEJARAH | BRUCE LEE MENINGGAL DUNIA

Oleh Pusat Maklumat dan Arkib

May be an image of one or more people and text that says "Mingguan Malaysia EINNED 時一4 Eksploitasi hutan tanpa hitung PEMBALAK: AMARAN TUN terian ambil alih tugas pemasaran b-putra SENIMAN BRUCE LEE MENINGGAL DUNIA M Majlis Revolusi Libya tolak perletakan jawatan Gaddafi Tujwen KOELAATD EEUTAS PENAGIH DADAH PENDEK UMUR"

PADA 22 Julai 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Bruce Lee, 32 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya dan terus dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Bruce Lee yang mahir dalam ilmu mempertahankan diri Jeet Koon Do merupakan anak kepada seniman filem Kantonis, Lee Hoi Chuen.

Beliau mula berlakon filem di Hong Kong pada 1971 dengan filem pertamanya, The Big Boss memecahkan box office bukan sahaja di Hong Kong, malah di beberapa buah negara di Asia Tenggara.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

22 Julai 1968

Filipina memanggil pulang dutanya di Malaysia ekoran masalah tuntutan ke atas Sabah.

22 Julai 1970

Malaysia membuat bantahan keras kepada British atas cadangannya untuk menjual senjata dan kelengkapan kepada Afrika Selatan..

22 Julai 1972

Maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia akan didirikan di Templer Park dengan belanja RM10 juta pada tahun hadapan.

-UM-

#kreditreputasi

Speak Your Mind

*