LUKISAN BERHANTU DI BRIGHTON

Kisah lukisan berhantu ini dilaporkan berlaku di Brighton, England. Ada seorang wanita telah menemui sebuah lukisan terbuang lalu dibawanya pulang ke rumah. Namun apa yang berlaku kemudian yakni selepas wanita itu menggantung lukisan berkenaan pada dinding rumahnya, dia mula mengalami gangguan kejadian paranormal. Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya tentang kisah ini, cukuplah sekadar untuk bahan bacaan saja.

    Kisah sebenar bermula apabila seorang wanita berusia 55 tahun bernama Mel Hamilton telah menemui sebuah lukisan terbuang di sebuah kawasan sampah sarap. Lukisan yang sudah pun rosak pada bahagian bingkai tersebut merupakan potret seorang wanita berpakaian jubah putih dan memakai perhiasan.Mel yang tertarik dengan lukisan memutuskan untuk membawa pulang lukisan itu ke rumahnya. Lukisan yang dilukis pada tahun 1973 tersebut telah digantung pada dinding rumah Mel selepas digantikan dengan bingkai baru. Sejak lukisan itu digantung, ada beberapa kejadian menyeramkan yang berlaku kepada Mel.

     Diringkaskan cerita iaitu setelah Mel bercerai dengan suaminya, dia telah berpindah ke sebuah rumah baru dengan membawa lukisan berkenaan sekali. Tidak lama selepas perpindahan itu, anjing peliharaan Mel tiba-tiba saja meninggal dunia. Malah siaran televisyen sering kali bertukar siaran dengan sendiri. Lagi menyeramkan apabila pintu apartment terbuka dan tertutup tanpa sesiapa pun pun yang ada berada berdekatan dengan pintu. Ada kala tombol pintu berpusing sendiri seakan seperti cuba dibuka oleh seseorang. Paling tidak masuk akal, bunga serta tanaman yang baru dibeli Mel mati dalam beberapa jam selepas dibawa masuk ke dalam rumah.

    Mel dapat merasakan seolah-olah ada roh jahat yang ingin menghancurkan hidupnya. Mel juga berasa kecewa kerana segelintir orang tidak mempercayai ceritanya berikutan dengan keadaannya yang bergelut dengan masalah ketagihan alkohol pada sepanjang tempoh kejadian berlaku. Hanya selepas tiga tahun hidup dalam ketakutan, Mel akhirnya telah menyuruh anak lelakinya untuk membuang lukisan tersebut. Teka apa yang berlaku? Kejadian paranormal di rumah Mel benar-benar berhenti. Tiada lagi televisyen bertukar siaran, tiada lagi pintu terbuka tertutup dan tiada tombol berpusing. Mel pun berasa lega. Soal di mana tempat lukisan itu dibuang, tidak jelas akan perkara itu.

Speak Your Mind

*