Di negara Syria, terdapat seorang gadis kurang upaya yang megalami masalah Down Syndrome sering bertanya kepada ayahnya tentang perkahwinan.
Dia juga beberapa kali telah bertanya kepada ayahnya tentang bilakah dia akan berkahwin dan sering menyatakan hasrat untuk mahu berkahwin.
Si ayah berasa sangat kasihan akan anak gadisnya itu.
Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mengadakan satu majlis resepsi perkahwinan untuk anak gadisnya itu.
Namun, majlis itu bukanlah majlis perkahwinan sebenar. Ia cuma sekadar olok-olok serta majlis resepsi biasa sahaja.
Hal ini demikian kerana si ayah mahu anak gadisnya itu turut berpeluang merasakan seperti dirinya berkahwin seperti yang dia selalu tanyakan.
Walaupun majlis perkahwinan olok-olok namun, semua dirancang dengan baik. Ramai hadirin dijemput, kek kahwin pun ada serta sangat meriah, tidak ubah seperti majlis perkahwinan yang sebenar.
Kejadian ini telah viral di seluruh dunia dengan nama “Majlis Perkahwinan Tanpa Pengantin Lelaki”.
Sungguh kasih sayang seorang ayah pada anak memang tiada penghujungnya.
Speak Your Mind