Masih Gigih Turun Ke Laut, Makan Ikan Rebus Jadi Rahsia Nenek 104 Tahun Kekal Sihat

Walaupun sudah mencecah usia 104 tahun, nenek yang dikenali sebagai Tok Pora ini masih gigih turun ke laut untuk bekerja sebagai nelayan pantai.

Sudah menjadi pekerjaannya ketika di usia belasan tahun lagi, Tok Pora atau nama sebenarnya Sepora Amin memberitahu tidak pernah terlintas di hatinya untuk bersara daripada pekerjaan itu.

Makan Ikan Rebus Rahsia Nenek Kekal Sihat 1

Tidak boleh duduk diam sejak muda, Tok Pora yang menetap di Kampung Teluk Berembang, Pulau Tuba, Langkawi akan mula berasa sakit seperti senak di bahagian perut apabila hanya duduk diam tanpa melakukan pekerjaan.

Makan Ikan Rebus Rahsia Nenek Kekal Sihat 2

Kata beliau, rahsia untuk kekal bertenaga sehingga kini hanyalah dengan mengamalkan menu ikan rebus dan ulam setiap hari.

Turut menghasilkan belacan daripada udang yang ditangkap, Tok Pora yang menerima lawatan daripada Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyatakan beliau hanya memerlukan peralatan memproses udang untuk dijadikan belacan selain daripada membaiki rumahnya yang sudah uzur.

Makan Ikan Rebus Rahsia Nenek Kekal Sihat

Kisah Tok Pora tular di laman media sosial mendapat perhatian ramai selepas dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang rata-ratanya memuji kegigihan dan kerajinan beliau yang mengalahkan ramai anak muda zaman kini. Tiada istilah melayu malas, kalau bertuah ke pulau tuba Langkawi bertemulah seorang wargaemas berumur 104 tahun masih melakukan aktiviti nelayan. Harap pihak yg berkaitan memberi perhatian & pertolongan utk kelangsungan Hidupnya ???

Speak Your Mind

*