Masjid Areesh

Masjid Ini Dibina Di Atas Tapak Markas Tentera Islam Semasa Perang Badar…Masjid Areesh dibina di atas tapak di mana khemah Nabi (ﷺ) didirikan semasa Perang Badar. Sa’d bin Mu’adh (رضي الله عنه) mencadangkan supaya dibina tempat perlindungan untuk Rasulullah (ﷺ) dan tempat ini berfungsi sebagai markas tentera Islam. Dari sini lah pertempuran itu diarahkan.Nabi (ﷺ) memujinya dan mendoakan ke atasnya. Tempat perlindungan itu diperbuat dari dahan-dahan kurma. Satu pasukan pengawal telah dipilih, terutamanya dari kalangan Ansar di bawah pimpinan Sa‘d bin Mu‘adh (رضي الله عنه) untuk membela Nabi (ﷺ).

May be an image of 1 person, outdoors and monument
(Masjid Areesh)

• Sebagai persiapan untuk berperang pada malam sebelumnya (sebahagian ulama berkata pada pagi hari), Nabi (ﷺ) berada di dalam khemah yang telah dibina oleh Sa’ad bin Mu’adh (رضي الله عنه). Abu Bakar (رضي الله عنه) ada bersamanya. Nabi (ﷺ) mula berdoa berulang kali selama berjam-jam.

Doa Nabi Muhammad saat perang badar ini diriwayatkan dari Ibnu Abbas:

Ya Allah, jika Engkau membiarkan kumpulan kecil orang-orang mukmin yang taat ini dihancurkan dan binasa di medan perang esok, Engkau tidak akan disembah di bumi. kerana Engkau berhak disembah. Ya Allah, Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau akan memberiku kemenangan, maka berilah aku kemenangan sekarang. Ya Allah, kami memerlukan pertolongan dan kemenangan-Mu sekarang.”

Lalu Abu Bakar memegang tangan Nabi dan berkata, “Cukuplah.”

Maka Nabi SAW keluar (dari khemah kecilnya) lalu membacakan firman-Nya: Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang. (Al-Qamar: 45).

May be an image of sky
(belakang Masjid)

• Rasulullah ﷺ mengangkat kedua tangannya ke langit setinggi-tingginya sehingga selendang yang dipakai di bahunya terlepas. Abu Bakar (رضي الله عنه) mengambil selendang dan meletakkannya semula di bahu baginda. Kemudian Abu Bakar (رضي الله عنه) memeluk Nabi (ﷺ) dari belakang dan menghiburkannya,

“Ya Rasulullah, cukuplah engkau berdoa kepada Rabbmu. Dia akan memenuhi janji-Nya kepada kamu. Dia telah memenuhi janji-Nya kepada kamu.”

May be an image of tree, monument and outdoors
(Gambar lama Masjid Areesh ketika musim bunga)

• Abu Bakar (رضي الله عنه) adalah orang utama yang dilantik untuk menjaga Nabi (ﷺ).
Sepanjang masa Nabi (ﷺ) sedang duduk dan berdoa, Abu Bakar (رضي الله عنه) berdiri dan menghunus pedangnya bagi memastikan keselamatan baginda. Sesiapa sahaja yang datang ke arah baginda, Abu Bakar akan segera melangkah ke arah orang itu.

May be an image of 1 person, indoor and monument
(bahagian dalam Masjid)

• ‘Areesh’ merujuk kepada bayang pokok kurma. Masjid asal terletak kira-kira di mana mimbar berada pada hari ini.