Misteri Kematian Chris Cornell

May be an image of 1 person and indoor

Nama Chris Cornell sangatlah gah dan popular dalam dunia hiburan. Beliau adalah penyanyi, penulis lirik dan juga ahli muzik. Beliau juga merupakan vokalis kepada band Soundgarden.

Pada tanggal 18 Mei 2017, satu kejadian telah berlaku. Pada tarikh itu jam 12:15 pagi, mayat Chris telah ditemui di bilik hotel bernombor 1136 di Hotel MGM Grand di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat.

Tarikh itu merupakan satu hari selepas Chris melakukan persembahan secara langsung bersama band Soundgarden di Konsert Fox Theater pada 17 May 2017.

Mayat Chris ditemui dalam keadaan terbaring di dalam bilik air hotel itu bersama “resistance band” yang digunakan untuk senaman terbelit pada lehernya serta darah yang banyak keluar dari mulutnya.

Pihak polis telah mengklasifikasikan kes kematian Chris sebagai bunuh diri. Bukan sekadar polis sahaja, pihak hospital Wayne County Medical turut sama mengeluarkan autopsi yang mengatakan Chris mati bunuh diri.

Pihak polis mendakwa tiada sesiapa pun yang dilihat masuk atau keluar ke dalam bilij Chris melalui pemerhatian mereka dalam CCTV di hotel itu.

Pihak hospital pula berpendapat Chris mati dengan cara menjerut lehernya sendiri dan tidak melibatkan sebarang pil dadah.

Namun, perkara ini dibantah sepenuhnya oleh isteri Chris. Isteri Chris mendakwa Chris tidak bunuh diri sebaliknya dia dibunuh.

Isteri Chris turut berkata pada malam setelah selesai konsert itu, dia ada berjumpa dengan Chris. Waktu itu, Chris dalam keadaan ketakutan dan hanya berjumpa dengan dia sekejap sahaja kemudian berlalu pergi.

Bukan sekadar isteri Chris, peminat-peminat Chris juga turut sama tidak berpuas hati dengan keputusan itu

Ramai yang membantah dan mencabar keputusan polis hingga menyebabkan pihak polis membuat siasatan sekali lagi.

Pihak polis cuba memeriksa panggilan masuk dari telefon bimbit Chris pula. Cuma dua nombor yang menghubungi Chris pada malam sebelum dia mati iaitu isteri Chris sendiri dan juga bodyguard Chris sendiri.

Sejak itu, bodyguard Chris menjadi suspek utama dalam kes. Malangnya, tidak ada bukti yang kukuh untuk sabitkan dia.

Bukan itu sahaja, bodyguard Chris juga turut berkata dia telefon Chris untuk pastikan Chris berada dalam keadaan okey kerana dia berasa tidak sedap hati terhadap Chris

Akhirnya, bodyguard Chris terlepas daripada tuduhan. Isteri Chris masih tidak berpuas hati. Dia berpendapat tidak logik untuk mendiang suaminya itu melilit lehernya sendiri sehingga mati.

Walau bagaimanapun, disebabkan tiada bukti yang kukuh, kes ini telahpun ditutup dan disimpulkan sebagai kes bunuh diri.

Ia tetap menjadi misteri kerana walaupun telah dikategorikan sebagai mati bunuh diri namun keadaan mayat Chris ditemui tetap menjadi keraguan.

Okay, bayangkan diri anda sebagai detektif Conan. Cuba bagi pendapat anda, adakah Chris ini mati dibunuh ataupun bunuh diri?