Netizen Persoal Pemain Import Mudah Dapat MyKad, Tapi Anak Pedalaman Sebaliknya

Seorang pemain bola import dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi baru sahaja sah menjadi warganegara Malaysia melalui proses naturalisasi selepas menerima kad pengenalan (MyKad) di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Beliau yang berasal dari Kosovo menjadi pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya.

Namun, pemberian taraf kewarganegaraan kepada Liridon itu dipersoal netizen. Rata-ratanya mempersoal begitu mudah pihak atasan memberi taraf kewarganegaraan kepada pemain-pemain import yang bukannya lahir di Malaysia sedangkan kanak-kanak di kawasan pedalaman sukar untuk mendapat taraf itu.

Pemain Dapat MyKad Pendalaman Sukar

Seorang guru meluahkan pernah membantu kanak-kanak pedalaman untuk bersekolah dengan memohon sijil kerakyatan. Bagaimanapun, proses perjalanannya itu sukar dan akhirnya kanak-kanak tidak bersekolah.

Pemain Dapat MyKad Pendalaman Sukar

Hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi orang ramai, ada yang menyokong, termasuk membantahnya.

Ada yang membalas ciapan meluahkan salah seorang adik beradiknya mengalami masalah dokumentasi semasa kelahiran sehingga umur 12 tahun hanya memegang kad pengenalan warna merah dan apabila sudah dewasa diberi pula kad pengenalan berstatus pemastautin sementara.

Ramai juga meluahkan kisah daripada kenalan mereka tentang jerit perih untuk mendapatkan status kewarganegaraan. Sehingga ada yang menyindir mungkin kanak-kanak pedalaman ini perlu mahir sesuatu dengan memberi sumbangan kepada negara, barulah mendapat taraf kewarganegaraan.

Berdasarkan statistik pada Oktober 2019, kira-kira 1.4 juta rakyat Malaysia berusia lebih 12 tahun dan memiliki sijil kelahiran didapati masih tidak memiliki kad pengenalan.

Jika kita bersuara mengatakan pihak yang bertanggungjawab tidak membuat kerja begitu tulus, akan dianggap fitnah kerana tiada pembuktian yang kukuh. Persoalannya, sampai bilakah masalah ini boleh diselesaikan?

Speak Your Mind

*