Ramai daripada kita rasa cara makan coklat yang biasa diamalkan sudah cukup menyatakan rasa nikmat merasai makanan daripada biji koko ini. Akan tetapi tahukah anda rupanya cara makan coklat kita selama ini salah?
Cara biasa yang kita gunakan ialah beli, buka bungkusan, patahkan kecil, masuk coklat ke dalam mulut dan kunyah sampai habis.
Tapi tahukah anda sebenarnya ada cara yang betul untuk kita makan coklat supaya kita benar-benar menikmatinya? Rupanya cara makan coklat kita selama ini salah!
Seorang pakar coklat yang dikenali sebagai Cef Amer tampil memberikan penjelasan mengenai hal ini.
Coklat ada tiga jenis, dark chocolate, milk chocolate dan white chocolate. Antara tiga-tiga jenis ini, beliau menyarankan untuk makan coklat jenis dark chocolate.
Sekiranya dark chocolate dinyatakan kandungannya 99%, maknanya koko dan lemak koko ialah 99%. Manakala jika dark chocolate kandungannya 80%, 19% daripadanya adalah gula, 1% atau kurang adalah lecithin, vanillin dan emilsidier.
Baca Bismillah, buka kota coklat dan potong coklat. Kemudian letakkan coklat di tengah-tengah lidah sebelum rapatkan lidah ke langit.
Biarkan coklat cair sendiri dengan menggunakan suhu badan sehinggalah memenuhi ruangan lidah. Jadi, kesemua rasa coklat ini akan bercampur kesemuanya, masam, masin, pahit dan sebagainya.
Pada masa itulah, signal akan dihantar ke otak dan hormon endorphins akan dirembes keluar menjadikan kita lebih tenang dan bahagia.
Kata beliau, rugi sekiranya coklat dimakan terus dengan hanya menggunakan cara kunyah dan telan sahaja kecuali sekiranya ada bahan lain seperti kacang.
Jika coklat yang cair di lidah terasa seperti berketul, maknanya koko yang digunakan bukanlah koko yang betul-betul fine.
Manakala jika mulut terasa berminyak, maka butter yang digunakan dalam pembuatan koko itu merupakan butter murah.
Jadi selepas ini, kalau benar-benar nak memaksimumkan nikmat makan coklat, silalah menggunakan cara yang diajar oleh Cef Amer ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Chef Amer