Archives for January 30, 2022

Selepas 50 Tahun Memohon, Masjid Pertama Di Slovenia Akhirnya Dibuka

Selepas 50 tahun melakukan permohonan dan melalui pelbagai halangan dan masalah kewangan, akhirnya masjid pertama di Slovenia telah dibuka secara rasmi semalam.

Ditentang oleh parti pembangkang sayap kanan, masjid ini pernah diletakkan dengan darah serta kepala babi di tapaknya sebagai ‘ugutan’ untuk pihak terlibat menghentikan cubaan pembinaan.

Masjid Pertama Slovenia 3

Ketua masyarakat Islam, Mufti Nedzad Grabus memberitahu pembukaan masjid berkenaan merupakan titik perubahan dalam kehidupan masyarakat di sana.

Masyarakat Muslim Slovenia telah mengisi permohonan bagi membina masjid dari akhir tahun 1960-an semasa Slovenia masih menjadi sebahagian daripada Komunis Yugoslavia.

Selepas 50 tahun Masjid Pertama Slovenia 5

Slovenia atau nama rasminya Republik Slovenija merupakan bekas negara Yugoslavia yang terakhir mendapatkan masjid menjadikan Ljubljana sebagai ibu kota berbanding daerah luar bandar.

Meskipun wilayah negara ini tidak terlalu luas, ianya tetap memiliki hampir semua ciri yang ada pada landskap negara-negara Eropah termasuklah Alps, karstic Dinaric Alps, dataran rendah dan bukit-bukit Pannonian dan Danubian hingga ke pantai Mediterranean.

Pembangunan masjid di negara yang majoritinya beragama Katolik ini kemudiannya dimulai pada tahun 2013 dengan bajet sebesar 34 juta Euro ini mendapat bantuan kewangan 28 juta Euro hasil sumbangan pemerintah Qatar.

Masjid Pertama Slovenia

Berada di tengah ibu kota Ljubljana, masjid yang boleh menampung lebih 1,400 orang jemaah juga menjalankan fungsi sebagai pusat budaya serta pusat pendidikan dengan kemudahan perpustakaan, padang permainan, kediaman ahli agama, restoran serta menara setinggi 40 meter.

Sumber: Novinite.com

Balik ‘On Time’ Dikira Berdosa? Ini Realiti Hitam Budaya Kerja Di Malaysia

Menurut Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955, ada tiga perkara larangan mengenai tempoh waktu masa bekerja pekerja di Malaysia, iaitu:

  1. Bekerja lebih dari lima jam berturut-turut tanpa rehat yang tidak kurang dari 30 minit,
  2. bekerja lebih dari lapan jam sehari; lebih tempoh masa (in spread-over period) 10 jam sehari,
  3. dan bekerja lebih dari 48 jam seminggu.

Sekiranya bekerja lebih dari masa yang ditetapkan, maka pekerja berhak dibayar elaun lebih masa iaitu over-time.

Walaupun Malaysia bukanlah boleh diletakkan dalam kategori pekerja workholic seperti di negara Jepun atau Korea Selatan, di Malaysia tetap ada budaya hitam mengenai masa bekerja pekerja.

Antara yang paling ketara adalah budaya balik kerja on-time yang selalu dipandang serong sesetengah pihak. Bagi mereka, individu yang balik on-time adalah pekerja yang tidak bagus.

Seorang twitfemes@InjangNation turut meluahkan perkara yang sama melalui ciapannya yang sehingga kini telah menerima lebih 10,700 ulang ciap dan 9,500 tanda suka.

Budaya Hitam Kerja Di Malaysia Balik On Time 2

Menurut Injang, ada juga yang merasakan cuti sakit atau MC adalah sesuatu yang ‘berdosa’. Malah ada juga yang tanpa timbang rasa tidak menerima alasan keluarga untuk pekerja bercuti.

Budaya Hitam Kerja Di Malaysia Balik On Time 1

Tak kisahlah anda di posisi pekerja atau majikan, budaya kerja Malaysia perlu diubah agar suasana pekerjaan di negara kita lebih sihat dan maju.

Jika anda merasakan hak anda sebagai pekerja ditindas, anda bolehlah membuat laporan di Aduan Buruh – Jabatan Tenaga Kerja.

Sebelum itu, ketahui dahulu hak anda sebagai pekerja menurut undang-undang Akta Kerja 1955.

Rakyat Malaysia Lebih Memilih Belajar Di UK, Melancong Ke Jepun – Kajian

Ramai yang menganggap bahawa belajar di luar negara lebih berprestij berbanding di dalam negara. Malah kecenderungan pelajar negara ini memilih melanjutkan pelajaran ke luar negara di peringkat ijazah sarjana muda atau lebih tinggi semakin menjadi trend masa kini.

Buktinya, sebuah kaji selidik pemikir Singapura, Institut ISEAS -Yusof Ishak menjalankan kaji selidik Negara Asia Tenggara 2020 mendapati 31.3% responden memilih United Kingdom (UK) sebagai destinasi pilihan sementara 21.5% memilih Amerika Syarikat (AS).

Kebanyakan universiti di dalam senarai 10 universiti yang diiktiraf terbaik dunia didominasi oleh dua negara iaitu AS dan UK. Ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia memilik UK untuk melanjutkan pelajaran. Manakal Jepun dan Australia berada di tempat ketiga dengan 14.1%.

Rakyat Malaysia Memilih Belajar Uk, Melancong Ke Jepun
Sumber: University of Nottingham Blogs

Bagaimanapun negara serantau menunjukkan AS pilihan popular untuk melanjutkan pelajaran peringkat tertinggi, diikuti UK sebanyak 23.3% dan Australia 13.8%.

Sementara Jepun merupakan destinasi pelancongan popular, menurut 23.3 responden rakyat Malaysia. Di tempat kedua New Zealand dengan 16% diikuti Kesatuan Eropah (tidak termasuk UK) pada 14.1%.

Jepun juga menjadi destinasi pilihan popular negara serantau apabila lebih satu daripada empat responden rakyat Thailand, Singapura, Malaysia, Filipina dan Myanmar memilih negara matahari terbit itu.

Sumber: Malay Mail

Selain Miskin, Ini Enam Faktor Berlakunya Perkahwinan Bawah Umur Di Malaysia

Sejak isu perkahwinan bawah umur hangat diperkatakan, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang berusaha menangani isu ini dengan menyiapkan draf Pelan Strategik Kebangsaan yang membabitkan pindaan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [Akta 303] dengan menetapkan umur minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun.

Kerajaan telah mengenal pasti enam faktor berlakunya perkahwinan bawah umur di Malaysia sejak dahulu lagi. Menurut Dr Wan Azizah, enam faktor itu ialah:

1. Pendapatan rendah dan kemiskinan
2. Kekurangan atau ketiadaan akses kepada Pendidikan Kesihatan Reproduktif (SRH) dan kemahiran keibubapaan
3. Kekurangan akses kepada pendidikan dan kehadiran ke sekolah rendah.
4. Kelonggaran undang-undang yang memperuntukkan permohonan berkahwin di bawah 18 tahun.
5. Stigma masyarakat bahawa perkahwinan pilihan terbaik menyelesaikan masalah.
6. Kekurangan penyelarasan data perkahwinan dan penceraian bawah umur.

enam faktor berlakunya perkahwinan bawah umur Malaysia
Sumber: Awani

Susulan itu, kerajaan dengan kerjasama beberapa pihak akan membangunkan pelan yang mengandungi tujuh objektif, 17 strategi dan 58 program serta tindakan bagi menangani punca tersebut dalam tempoh lima tahun akan datang.

Semoga dengan usaha menyeluruh dengan kerjasama pelbagai pihak, isu perkahwinan bawah umur dapat ditangani dengan lebih bijak dan rasional tanpa terpengaruh dengan emosi serta prejudis.

Sumber: MalaysiaGazette

Papan Tanda Di Korea Selatan Sudah Mula Sokong Penggunaan Bahasa Melayu

Selain negara jiran, Korea Selatan turut menjadi destinasi percutian paling digemari pelancong Malaysia. Bukan hanya kerana pengaruh muzik K-Pop tetapi keindahan negara itu sendiri yang membuatkan ramai pelancong tertarik untuk ke Korea.

Walaupun belakangan ini kecoh apabila ramai juga rakyat Malaysia terkandas di imigresen atas beberapa faktor yang tidak dapat dipastikan, ia tetap tidak menjadi halangan kepada yang lain untuk ke negara itu.

Jika ke sana, pastilah perlu mengetahui perkara asas dalam bahasa Korea untuk memudahkan komunikasi – walaupun mereka juga pandai berbahasa Inggeris. Namun, kita tidak perlu gusar lagi kerana Korea Selatan telah menyokong penggunaan bahasa Melayu.

Ini dapat dilihat melalui beberapa papan tanda di negara itu mempunyai tulisan yang menggunakan bahasa Melayu. Disebabkan ramai rakyat Malaysia berkunjung ke sana, maka tulisan bahasa Melayu turut disenarai pada papan tanda di sana.

Papan Tanda Bahasa Melayu Di Korea Selatan
Sumber: FB

Perkara ini dikongsi seorang pengguna Facebook iaitu Zakaria Azizi di Group Malay Dialects (Indonesia, Malaysian and Other Malay Variants). Katanya, kebanjiran pelancong Nusantara ke Korea Selatan sejak belakangan ini membuatkan kerajaan sana berbesar hati memasukkan bahasa Melayu pada papan tanda di kawasan tumpuan pelancongan.

Untuk makluman, bahasa Melayu merupakan bahasa keenam paling banyak dituturkan di dunia dengan sebanyak 290 juta manusia merentasi Selat Melaka, termasuklah pantai-pantai di Semenanjung Malaysia dan pantai timur Sumatera. Bahasa Melayu berada dalam keluarga Austronesia dan Malayo-Polynesia – bahasa utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan salah satu bahasa di Indonesia.

Papan Tanda Bahasa Melayu Di Korea Selatan
Sumber: FB

Hal ini menunjukkan penerimaan bahasa Melayu masih meluas walaupun bukan dari negara asal bahasa tersebut. Usaha yang dilakukan kerajaan Korea harus dipuji walaupun penggunaan tatabahasanya kurang tepat namun penyampaiannya masih boleh difahami.

Sumber: Malay Dialects (Indonesia, Malaysian and Other Malay Variants)Iluminasi

Genius Pada Usia Tiga Tahun, Kanak-Kanak Malaysia Ini Dilamar Jadi Ahli Mensa UK

Mencari pelajar pintar atau genius bukan perkara mudah. Kajian Barat menunjukkan sekurang-kurangnya ada seorang kanak-kanak berbakat dan pintar bagi setiap 10,000 kanak-kanak.

Di negara ini, dengan kira-kira 3.5 juta kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 15 tahun, secara teorinya dianggarkan ada kira-kira 350,000 kanak-kanak berbakat dan pintar di negara ini.

Terbaru, menjadi perhatian media apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Malaysia kini menjadi anggota termuda dalam persatuan IQ tinggi iaitu Mensa UK.

Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim, yang menetap di United Kingdom bersama kedua orang tuanya diterima masuk ke Mensa UK setelah mendapat markah 142 dalam ujian Stanford Binet, penilaian keupayaan kognitif yang digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan IQ.

Kanak-Kanak Genius Malaysia Jadi Ahli Mensa UK
Sumber: Metro UK

Menurut laporan Metro UK, nilai tersebut meletakkannya dalam 0.3 peratus tertinggi penduduk.

Ibu bapanya, Nur Anira Asyikin dan Mohd Hilmy Naim, kedua-duanya mempunyai latar belakang kejuruteraan tidak pernah menyangka anak mereka sebijak itu. Mereka mula mengesan kelebihan Haryz ketiga kanak-kanak itu boleh membaca buku-buku ceritanya sebelum tidur seawal 2 tahun.

Mereka turut dimaklumkan oleh guru tadika bahawa Haryz lebih cepat belajar berbanding kanak-kanak lain dan bercadang untuk meletakkan kanak-kanak itu di kelas lebih berumur ketika sesi pembelajaran bahasa Inggeris.

“Dari situ kami rasa dia berkebolehan dan kami menghantar e-mel kepada seorang psikologi kanak-kanak pintar di Britain iaitu Lyn Kendall untuk dinilai,” kata ibunya.

Beliau dan suami, yang masing-masing berasal dari Johor dan Terengganu mula menetap di UK sejak 2015.

Kanak-Kanak Genius Malaysia Jadi Ahli Mensa UK
Sumber: Metro UK

Pastinya keluarga mereka sangat gembira dengan perkhabaran ini dan berharap menjadi langkah pertama dalam perjalannya ke arah mencapai kejayaan lain yang luar biasa.

Mensa mengesahkan bahawa Haryz menjadi ahli termuda dalam kumpulannya sebaik sahaja semua dokumen keahliannya diproses – paling muda ialah Adam Kirby berumur 2 tahun 4 bulan dengan skor 141.

Sumber: Sinar HarianMetro UK

Adakah anda takut untuk ‘terbang’?

Semua orang mempunyai ketakutan mereka yang tersendiri. Contohnya, ada individu yang mengelak untuk ‘terbang’ hanya kerana perasaan takut ‘terperangkap’ di ruangan udara.

Jika anda takut kepada ketinggian, menurut juruterbang perasaan takut inilah yang perlu dibuang sebelum memasuki ke dalam ruangan pesawat.

Jangan pernah menganalisis riak muka dan ekspresi daripada pramugari kerana ianya adalah sesuatu yang mustahil dan sia-sia. Apabila berada dalam keadaan takut dan cemas, anda boleh menjadi salah dalam mentafsir.

Individu yang berada dalam keadaan cemas selalunya ‘berhalusinasi’ dan berkemungkinan besar salah mengintrepretasikan situasi dalam pesawat.

Contohnya riak muka dan kelakuan pramugari yang berulang alik di kawasan tempat duduk serta berbisik antara satu sama lain.

Jangan Lakukan Perkara Ini Dalam Pesawat

Tahukah anda, jika kakitangan kabin menyedari tentang kecelakaan yang akan berlaku, pastinya akan ada pengumuman di dalam pesawat dan penumpang akan disuruh untuk bersedia untuk memakai topeng udara.

Jadi selepas ini, jika anda sering merasa takut untuk ‘terbang’ apa kata tenangkan diri sebelum masuk ke dalam ‘perut pesawat’ dan sentiasa berdoa semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi.

Sumber: Mirror UK

‘Belajar Tidak Buat Kamu Muslim’ – Pemuda Sikh Bangga Bapa Celik Jawi

Keindahan sistem tulisan setiap kaum termasuk Jawi perlu diraikan dengan lebih adil untuk dihayati bersama demi pembentukan negara bangsa.

Jika Bengkel Penulisan Kaligrafi Tahun Baru Cina anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Zon Lembah Pantai diadakan untuk memupuk semangat perpaduan, tulisan Jawi juga wajar memperoleh mandat yang sama.

Dalam pada isu pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular terus memuncak, seorang pemuda Sikh, Baljit Singh membuktikan bapanya mahir membaca dan menulis Jawi sejak muda.

Baljit memuat naik sebuah gambar keratan akhbar jawi Utusan Melayu Mingguan yang tidak diketahui tarikh terbitan memaparkan bapanya, Bulbir Sigh sedang membaca akhbar bertulisan Jawi.

Menurut Baljit, bapanya adalah seorang penulis beberapa akhbar tempatan menceburi bidang penulisan sejak usia 12 tahun lagi. Beliau mengagumi kewibawaan bapanya yang bukan sahaja mahir membaca malah menulis dalam Jawi.

Belajar Jawi Tak Buat Jadi Muslim
Sumber: FB Baljit Sigh

“Pembelajaran jawi sebenarnya tidak akan buat kamu jadi Muslim atau belajar bahasa Inggeris menjadikan kamu Kristian.

“Mari kita semua jangan terlalu risau tentang ini dan maju dalam kehidupan harmoni. Jom belajar benda baru!” catatnya di laman Facebook yang memperoleh lebih 2 ribu perkongsian dan 5 ribu tanda suka.

Pendapat kami, hak dan kedudukan tulisan Jawi sepatutnya dihormati dan diraikan bersama, bukannya dijadikan bahan permainan politik pihak berkepentingan.

Sumber: Baljit Singh

Eksploitasi Air Zam-Zam Hukumnya Tetap Salah Di Sisi Syarak – Mufti

Dua hari lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan melarang jualan, mengimport atau mengedarkan air zam-zam di Malaysia susulan larangan penjualan oleh kerajaan Arab Saudi. Air Zam Zam TIDAK DIBENARKAN dijual di Malaysia. Kenapa? Air Zam Zam dikategorikan sbg air mineral semula jadi (AMS). Penjualan AMS wajib mendapat lesen drpd KKM mengikut Peraturan 360A, Peraturan2 Makanan 1985. Tiada lesen dikeluarkan KKM bagi penjualan Air Zam Zam.

Walaupun ramai pihak yang menolak pelaksanaan larangan ini, namun ianya dipersetujui oleh beberapa Mufti antaranya Mufti Perak dan Mufti Negeri Sembilan.

Menurut Mufti Perak, Harussani Zakaria, penjualan ini juga sebenarnya tidak dibenarkan mengikut hukum syarak kerana ianya tidak dibenarkan oleh tuan empunya badan (pihak Arab Saudi).

“Islam tidak benarkan orang ambil barang tanpa kebenaran.”

Beiau turut menjelaskan tidak menjadi kesalahan sekiranya pihak yang kembali dari menunaikan umrah atau haji membawa air zam-zam ke Malaysia dengan niat untuk bekalan sendiri atau un disedekahkan.

Yang menjadi masalah sekiranya air tersebut dijual kepada orang ramai.

Larangan Penjualan Air Zam-Zam

Manakala bagi Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, air zam-zam yang diambil dari Makkah secara percuma tidak sesuai untuk diniagakan semata-mata demi mendapatkan keuntungan.

Aktiviti penjualan air zam-zam secara berleluasa di pasaran Malaysia dibimbangi dieksploitasi oleh pihak tertentu demi keuntungan mudah.

Kerana ada kemungkinan penjual mengaburi mata pengguna dengan mendakwa air paip yang dibotolkan adalah air zam-zam.

Air zam-zam dianggap sebagai suci oleh orang Muslim kerana berpunca dari telaga air zam-zam yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, iaitu tempat paling suci dalam Islam.

Malah air zam-zam juga digunakan dalam perubatan tradisional kerana dipercayai dapat menjadi penawar kepada penyakit.

Mungkin selepas melarang penjualannya, kerajaan perlu mencari mekanisma baharu bagi memudahkan rakyat untuk mendapatkan bekalan air zam-zam yang diyakini sumbernya di Malaysia.

Sumber: Berita Harian, MalaysiaKini

Tekanan Emosi Seawal Usia Sekolah Rendah Antara Punca Pelajar Tiada Semangat Belajar

Tekanan emosi dalam kalangan pelajar bukanlah sesuatu yang baharu pada era ini. Kita sering melihat tekanan sebagai masalah orang dewasa, tetapi hakikatnya perkara ini turut berlaku pada kanak-kanak dan remaja.

Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2012 menunjukkan peratusan golongan muda mengalami masalah kesihatan mental lebih tinggi berbanding golongan dewasa.

Pendedahan yang dikongsi oleh penceramah motivasi, Mohd Fairuz Abu atau lebih dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi sungguh mengejutkan bahawa tekanan emosi turut dihidapi mereka seawal umur 11 tahun dan perkara ini sememangnya berlaku dalam kalangan pelajar Malaysia.

Menurutnya, kanak-kanak boleh mengalami tekanan emosi seperti merasai kebimbangan, ketakutan berlebihan dan jika tidak dikawal boleh membawa kepada masalah kesihatan mental.

Tekanan emosi yang terjadi kepada anak-anak muda ini berpunca daripada keadaan sekeliling misalnya keluarga yang menyebabkan mereka tiada semangat untuk belajar.

“Setiap kali ceramah motivasi, saya akan minta pelajar datang ke depan dan tulis kenapa rasa tak semangat belajar,” coretnya di Twitter.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi@akhifairuz_Setiap kali ceramah motivasi, sy akan minta pelajar dtg ke depan & tulis knp rasa tak semangat belajar. Maka, inilah jwpn yg kerapkali ditulis. Murid darjah 5. Bygkan baru umur 11 tahun tp dah lalui semua ni. Stress dikalangan bdk2 zmn skrg real! Mrk tak ada tempat nak luahkan.

Ciapan beliau yang turut memuat naik tiga foto menunjukkan luahan perasaan pelajar peserta program motivasi. Antaranya mengakui tertekan kerana dibandingkan dengan sepupu, dipandang rendah guru sendiri, dipukul ibu bapa, kehilangan ahli keluarga dan terlibat dengan jenayah dadah.

Tekanan Emosi TIada Semangat Belajar
Sumber: Twitter

Pendedahan itu membuatkan ramai terkejut dan berpendapat ibu bapa dan keluarga sekeliling perlu memainkan peranan cukup penting sebelum isu tekanan emosi menjadi parah.

Justeru, ibu bapa seharusnya selami hati dan jiwa raga anak. Jangan sekadar menaruh harapan atau menabur kemewahan dan perasaan mereka semakin jauh dipinggirkan.

Sumber: Twitter Akhi Fairuz Al-Jengkawi