‘Palatau’: Wabak Sebenar Yang Perlu Dibanteras Dalam Era Media Sosial Kini

Sejak akhir-akhir ini, istilah ‘palatau’ menjadi semakin trending di laman media sosial.

Berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu ‘kepala tahu’, palatau merujuk kepada seseorang individu atau kumpulan yang suka bercakap mengenai sesuatu perkara seakan-akan dirinya pakar.

Boleh juga disebut sebagai sembang kencang, geng palatau ini gemar into the scene dengan menyebarkan ‘kebijaksanaan’ mereka menerusi hantaran media sosial dan aplikasi mesej seperti WhatsApp, Facebook dan Twitter.

Senarai Berita Palsu Koronavirus Di Malaysia

Cenderung mengeluarkan kenyataan tidak benar dan berasas, geng palatau ini perlu dibanteras kerana kemunculannya lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Susulan banyaknya kemunculan geng-geng ini, pihak berkuasa termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah memburu mereka yang terlibat serta menasihatkan agar orang ramai berhati-hati dengan penyebaran berita palsu oleh individu tidak bertanggungjawab dan hanya mendapatkan maklumat yang sah daripada sumber yang sudah disahkan.

Media tempatan seperti Bernama, RTM dan Jabatan Penerangan Malaysia juga telah bekerjasama memerangi geng ini dengan menggunakan platform mereka bagi menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat.

Lihat poster yang terhasil daripada idea kreatif pereka grafik, Faris Akmal Faizal dan mahasiswa bidang farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Azahari Azizi yang menyindir geng palatau.

Palatau Wabak Baharu

Sumber: Harian Metro