Apabila tiba masuk gaji, pelbagai barangan yang hendak dibeli berlegar-legar di dalam kepala seperti barangan peribadi, keperluan rumah dan pakaian baharu.
Bercakap tentang pakaian baharu, anda seorang yang akan terus memakai pakaian yang baru dibeli atau cuci dahulu kemudian pakai?
Sebenarnya, sangatlah digalakkan setelah membeli pakaian baharu perlu dicuci terlebih dahulu tidak kiralah sama ada pakaian yang dibeli berjenama atau tidak.
Bukan hanya disebabkan pakaian yang kita beli itu orang lain juga pernah mencubanya tetapi dari mana datangnya pakaian itu sendiri. Seorang pengguna Facebook, Mohd Fhais memberi nasihat pembeli perlu memcuci pakaian yang baru dibeli sebelum memakainya.
Mohd Fhais, CEO ByRara berkongsi pengalaman pernah melawat kilang membuat baju di Bangladesh yang mana terdapat beberapa longgokan kain dengan berat lebih 1000kg berada di atas lantai kilang selama berbulan-bulan tanpa perlindungan atau ditutup dengan rapi.
Kain yang terkena kencing tikus dan lipas tidak dibasuh tetapi hanya buang bahagian tersebut sahaja.
Bukan itu sahaja, ia juga berpotensi bahaya disebabkan bahan kimia ketika proses pembuatan pakaian yang akan menjadikan iritasi kepada kulit badan.
Justeru, sebelum memakai pakaian baharu dibeli hendaklah mencucinya dahulu bagi mengelakkan naik ruam atau sebarang penyakit berbahaya.
Speak Your Mind