Masih ingat lagi mengenai kes kecurian 1 sen oleh seorang eksekutif bank pada tahun 1990 sehingga menyebabkan beliau digelar ‘pencuri 1 sen’?
Pelaku, Aman Shah, 24 tahun yang merupakan seorang eksekutif di Hock Hua Bank cawangan Raja Laut tertangkap kerana mampu membeli enam kereta sport mewah berjumlah RM3.05 juta secara tunai biarpun gaji beliau pada ketika itu cuma RM1,800.
Dua buah daripadanya didaftarkan atas namanya, tiga daripadanya tidak didaftarkan dan tidak dibayar cukai import dan sebuah lagi didaftarkan di atas nama kekasihnya, Raha V V Aboo.
Menjalani kehidupan mewah lagak seorang jutawan, jenayah Aman Shah dikatakan dilakukan dengan perancangan teliti tanpa disedari sesiapa.
Namun Mei lalu, seorang pengguna Twitter, @aidi_ezzhar telah membuka cerita bahawa kisah yang dipaparkan media selama ini tidaklah 100% benar. Menurut beliau, kisah ‘pembetulan’ ini beliau dapatkan sendiri daripada empunya badan, Aman Shah.
Antara isi yang diceritakan adalah, Aman Shah sebenarnya memegang jawatan Pegawai Bank Trainee dan mendapat surat kenaikan pangkat kepada jawatan Internal Officers Class 2, namun tidak menerimanya.
Malah beliau pernah membuat beberapa proposal yang menyatakan mengenai kelemahan sistem yang digunakan bank, namun ditertawakan kerana ‘orang bank’ menganggap adalah mustahil sistem bank tersebut mempunyai kelemahan dan cadangan itu tidak logik.
Aidi ER@aidi_ezzhar4. Tuan Aman Shah pernah membuat beberapa proposal bagi menyatakan kelemahan sistem yang digunakan bank. Tetapi kemudian cadangan tersebut telah ditertawakan sendiri oleh orang bank tersebut kerana menganggap cadangan tersebut adalah tidak logik dan mustahil terdapat kelemahan.5:42 AM · May 19, 202060
Wang yang dikatakan dicuri daripada orang ramai berjumlah RM41 juta sebenarnya bukanlah wang orang ramai, tetapi wang keuntungan bank yang dipindahkan kepada akaunnya sendiri dan lain-lain. Malah jumlah sebenarnya bukanlah RM41 juta.
Aidi ER@aidi_ezzhar7. Beliau menyatakan bahawa wang yang diambil (curi) itu bukanlah wang orang ramai. Tetapi wang bank tersebut (keuntungan bank bahasa mudahnya).6:12 PM · May 18, 20205417
Meninjau sendiri Facebook Aman Shah, beliau pada Jun lalu sedang bergiat aktif menghasilkan projek bukunya bagi menjelaskan kekeliruan orang awam mengenai kesalahan jenayahnya. Masih lagi tiada tajuk, beliau hanya menulis ‘Aman 1 Sen’ sebagai header kepada coretan kisahnya.
Hukuman penjara yang dikenakan selama lima tahun hanya dijalani selama tiga tahun tiga bulan dan daripada 213 pertuduhan kepadanya, kes berjaya dikurangkan kepada tujuh sahaja.
Speak Your Mind