Rubic Cube Untuk Orang OKU Penglihatan

No photo description available.

Rubic cube adalah alat mainan yang berbentuk kub dan setiap sisi memiliki warna yang berbeza.

Warna-warna ini akan diletakkan berselerakan dan pemain perlulah menyusun warna-warna ini supaya menjadi sama dalam masa yang singkat.

Tahukah anda bahawa terdapat rubic cube yang dicipta khas untuk orang-orang kurang upaya penglihatan.

Anda boleh tengok gambar-gambar Rubuc cube untuk OKU Penglihatan di bawah.

Konsep serta bentuknya sama sahaja seperti rubic cube biasa. Ada 6 warna yang berbeza bagi setiap sisi.

Cuma bezanya, setiap warna ini memiliki bentuk corak jalinan sentuh yang berbeza. Hal ini demi membolehkan orang kurang upaya penglihatan tahu akan beza warna melalui sentuhan corak yang berbeza.

Apa pun, ciptaan rubic cube untuk OKU penglihatan ini merupakan idea yang sangat baik kerana orang kurang upaya penglihatan juga berpeluang untuk bermain permainan ini.