Rumah dipercayai milik pengamal ilmu hitam diselongkar.
Biarpun zaman sudah moden, sesetengah masyarakat masih lagi mempercayai dan mengamalkan ilmu hitam atau sihir untuk mencapai kepentingan peribadi.
Ilmu hitam yang mempunyai kaitan rapat dengan jin dan makhluk halus ini merupakan sesuatu yang dilarang dalam agama Islam kerana membawa kepada perbuatan syirik.
Bukan setakat agama Islam, malah Kristian, Yahudi, Buddha dan Hindu turut melarang penganut mereka mengamalkannya kerana mempunyai kaitan dengan Satanisme.
Seorang perawat Islam, Herman Sudil telah berkongsikan beberapa keping gambar rumah dipercayai milik seorang pengamal ilmu hitam di negara Arab Algeria telah diselongkar oleh penduduk tempatan.
Turut digelar sebagai ‘kilang sihir’, antara barangan yang ditemui di dalam rumah tersebut semasa diselongkar ialah kepingan-kepingan gambar dengan simbol dan ayat yang ditulis dengan perkataan (dipercayai sebagai mantera), anak patung, barangan tajam seperti pisau penetas kain, jarum, mangga dan bangkai haiwan.
Bangkai haiwan
Gambar berserta mantera
Anak patung
Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, sihir membawa makna ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahu pun tulisan atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya sehingga boleh menyebabkan kematian, kesakitan, perpecahan kekeluargaan, perbalahan suami isteri dan sebagainya.
Antara bahan atau alatan yang seing digunakan oleh pengamal sihir atau ilmu hitam bagi menyihir mangsanya ialah:
- Bahan yang bukan berasal daripada diri mangsa atau orang yang hendak menyihir mangsa.
- Bahan yang berasal daripada diri mangsa atau orang yang hendak menyihir bangsa.
Bahan-bahan dalam upacara sihir kebanyakannya bersifat:
- kotor dan busuk – darah, najis, bangkai
- berbisa dan beracun – air lipan bara, bisa kala jengking,
- tajam dan melukakan – kaca, kelongsong telur ayam, pisau, paku,
- gatal dan miang – miang buluh, miang tebu
- simpulan – kain, benang, rambut
Speak Your Mind