Sable

May be an image of indoor and outdoors

Subhanallah wabihamdihi..

Inilah sable, haiwan berbulu, gebu dan comel. Ia banyak terdapat di Russia dan Siberia. Ia adalah haiwan omnivor yang tidak agresif.

Namun begitu, musuh yang paling ditakutinya adalah manusia. Sejak abad ke 17 lagi, sable diburu untuk mendapatkan bulunya yang lembut dan gebu itu. Sesetengah haiwan berbulu, tidak semua bahagian kulitnya berbulu lembut dan gebu. Akan tetapi bagi sable keseluruhan bulu di badannya lembut, mulus, gebu dan empok.

Maka tidak hairanlah kalau ia di buru. Sehelai baju berbulu boleh di jual serendah 75,000 USD.

Oleh itu, pada tahun 1990, IUCN berusaha untuk melarang pemburuan sable ini namun begitu usaha mereka hanya sia sia.

Selagi permintaan baju berbulu ini masih ada. Maka sable terus diburu sehingga kini.

Speak Your Mind

*