SAIZ DAN UKURAN TUBUH BADAN PENGHUNI NERAKA

May be an image of text that says "gambar sekadar hiasan"

SOALAN :

Betul ke kat akhirat nanti

Badan jadi besar

Supaya senang diseksa

Ustaz, mohon pencerahan

JAWAPAN :

Berikut ialah hadis-hadis sahih yang menjelaskan tentang saiz dan ukuran tubuh badan manusia yang menjadi penghuni neraka. Semoga Allah SWT melindungi dan menyelamatkan diri kita semua daripada seksaan api neraka.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

.ما بين منكبي الكافر في النار مسيرة ثلاثة أيام للراكب المسرع

Maksudnya : “Jarak di antara dua hujung bahu orang kafir di dalam neraka (ialah) SEJAUH PERJALANAN TIGA HARI yang ditempuhi (oleh) penunggang kuda yang pantas lariannya.”

– (Hadis SAHIH riwayat Imam al-Bukhari, no. 6551, dan Imam Muslim, no. 2852).

Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan bahawa :

هَذَا كُلُّهُ لِكَوْنِهِ أَبْلَغَ فِي إِيلَامِهِ وَكُلُّ هَذَا مَقْدُورٌ لِلَّهِ تَعَالَى يَجِبُ الْإِيمَانِ بِهِ لِإِخْبَارِ الصَّادِقِ بِهِ

Maksudnya : “Ini semua bertujuan supaya menjadikannya lebih maksimum dalam menyeksanya (orang kafir di dalam neraka). Dan ini semua di bawah kekuasaan Allah Ta’ala yang wajib kita beriman dengannya, (dan sebagai peringatan bahawa adanya) berita daripada as-Sodiq (Nabi Muhammad SAW) mengenai perkara ini.”

– (Rujukan : Syarah Sahih Muslim, 17:186).

Daripada Zaid bin Arqam r.a (bahawa) :

.إن الرجل من أهل النار ليعظم للنار، حتى يكون الضرس من أضراسه كأحد

Maksudnya : “Sesungguhnya seseorang (manusia) daripada penghuni neraka akan MEMBESAR (ketika masuk) ke dalam neraka, sehingga gigi gerahamnya (penghuni neraka) SEBESAR BUKIT UHUD.”

– [Riwayat Imam Ahmad, 32:13. Syu’aib al-Arnaut menyatakan bahawa : “Sanadnya mausul (bersambung) dan statusnya seperti sabda (hadis) Nabi SAW”].

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

.ضِرْسُ الْكَافِرِ، أَوْ نَابُ الْكَافِرِ، مِثْلُ أُحُدٍ وَغِلَظُ جِلْدِهِ مَسِيرَةُ ثَلَاثٍ

Maksudnya : “Gigi geraham atau gigi taring orang kafir (penghuni neraka) seperti BUKIT UHUD, manakala tebal kulitnya pula SEJAUH PERJALANAN TIGA HARI.”

– (Hadis SAHIH riwayat Imam Muslim, no. 2851).

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :

ضرس الكافر يوم القيامة مثل أحد، وعرض جلده سبعون ذراعاً، وعضده مثل البيضاء، وفخذه مثل ورقان، ومقعده من النار ما بيني وبين الربذة

Maksudnya : “Gigi geraham orang kafir pada hari Qiamat (ialah) seperti bukit Uhud, lebar telinganya (ialah) tujuh puluh hasta, lengannya seperti bukit Baidha, pahanya seperti bukit Waraqan, dan tempat duduknya di neraka (lebarnya seperti) antara (jarak) aku (Rasulullah SAW di Madinah) dengan ar-Rabazah (sebuah lembah di luar Madinah yang jauh daripada orang ramai).”

– (Hadis SAHIH riwayat Imam al-Hakim dan Imam Ahmad). Kredit: Shamsul Hadi Abdul Syukor blogspot.