Kenali individu yang tawar tanggung semua kes guaman remaja hina polis.
Akhir Mac 2020 lalu, seorang remaja perempuan telah dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan selepas didapati bersalah menghina polis.
Didakwa atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu, tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20 tahun telah membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain, beliau didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sekiranya gagal, hukuman penjara tertuduh ditambah kepada dua bulan.
Tidak lagi daripada melakukan kesilapan, seorang lelaki yang juga bergelar jutawan sanggup datang dari Besut ke Alor Star telah menawarkan diri untuk menanggung segala kos yang diperlukan Nursahira supaya beliau dapat dibebaskan.
Tular di media sosial, permohonan Muhammad Azlan Al-Amin bagaimanapun ditolak untuk penggantungan hukuman sementara menunggu proses rayuan berkenaan.
Bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga tertuduh, Muhammad Azlan bersama peguam yang mewakili Nursahira, Dato Naran Singh memberitahu akan segera membuat permohonan rayuan di Mahkamah Tinggi dalam tempoh terdekat ini.
Tidak menafikan kesalahan yang dilakukan Nursahira, Muhammad Azlan percaya sebagai manusia biasa, sesiapa pun tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Namun pada peringkat awal, mungkin hukuman berbentuk didikan perlu diterapkan bagi memanusiakan manusia agar menjadi seorang insan.
Merasakan tertuduh sebagai terlalu mentah, beliau meminta masyarakat agar memberi tertuduh ruang untuk berubah menjadi lebih baik.
Menambah kepada emosi sedih, soalan tertuduh yang kelihatan polos pada ibunya membuatkan Muhammad Azlan menitiskan air mata:
“Mak,saya boleh balik ke lepas ni?”
Mahu berjuang tanpa putus asa demi anak bangsa dalam mencari erti hidup, beliau memberitahu manusia perlu hidup dengan kasih sayang, jangan membenci dan saling menghormati antara satu sama lain.
Mungkin kes Nursahira ini boleh dijadikan sebagai pengajaran buat semua agar tidak terlalu lantang bersuara tanpa memikirkan kesannya.
Jika Muhammad Azlan sanggup tawar tanggung semua kos guaman tertuduh, apa pula sumbangan kita pada anak bangsa?
Speak Your Mind