The Winchester Mystery House

May be an image of outdoors

(Filem adaptasi : Winchester 2018)
Lepas sahaja suami Sarah Pardee Winchester mati, beliau terus pindah ke California dan membina sebuah rumah agam. Nampak rumah dibina oleh Sarah ini nan indah dari mata kasar, tapi hakikatnya rumah ni dah memuatkan hampir 200 bilik tersembunyi.
Kalau ikut rekod, dorang dah jumpa 160 bilik semuanya. Dengan selok belok yang aneh serta susun atur tangga yang pelik. Bilik-bilik ini mengambil masa agak lama untuk ditemui. Macam main puzzle.
Entah kenapa lepas kematian sang suami, Sarah Winchester mula membina struktur rumah yang macam gitu. Selain tu, Sarah juga menjadi anti sosial. Memang susah nak nampak Sarah ni pijak tanah.
Suami Sarah yang bernama William Winchester adalah seorang ahli perniagaan. Tapi dia bukan bisnes jual saham atau krim kilo dari Thailand. Sebaliknya dia melakukan kegiatan jual beli senjata api. Memang William ni kaya gila, sampai sekarang walau tiada pewaris asli dari anak kandung sendiri, perniagaan atas namanya masih lagi berjalan dengan maju.
Ikutkan pasangan Winchester ni memang ada anak, tapi anaknya mati kerana kekurangan gizi.
Semua orang fikir, bahagialah Sarah ni jadi janda kayakan? Semua harta suaminya 100% jatuh atas tangan beliau. Tapi hakikatnya hidup Sarah berubah 360 darjah selepas semua orang kesayangannya telah pergi.
Atau lebih kepada “gila meroyan” kerana kematian anaknya itu memberi kesan mendalam kepada Sarah. Mewarisi harta lebih 500juta dollar tidak membuatkan Sarah gembira. Hidupnya sunyi dan resah.
Bermula tahun 1884, Sarah mula membina sebuah rumah agam yang gah. Dari luar nampak normal, tapi hakikatnya kerja menukang dirumah ini tak pernah siap.
Kenapa ya Sarah membina banyak bilik dirumahnya?
Ada rumors menyatakan yang Sarah dihantui oleh roh-roh tak tenteram dimana mereka ini adalah roh orang mati dibunuh oleh sang suami, William. Maklumlah, namanya jual senjata. Mestilah ada liku-liku gangster sikit.
Bilik ni dibina antara dua asbab :

  1. Untuk roh-roh bersemadi atau menghuni bilik-bilik tersebut. Sekaligus ia sebagai permohonan maaf dari Winchester.
May be an image of 1 person, horse, outdoors and text that says "Mrs Winc hester starts for a drive Winchester MysTery Tery House Near San Jo Jose Calif."
  1. Katanya Sarah akan tidur disetiap bilik berlainan disetiap malamnya supaya roh-roh ni semua takkan mampu cari dan ganggu Sarah.
    Dikhabarkan juga Sarah mendapat saranan seperti ini dari seorang ahli paranormal, tangga serta simpang siur setiap bilik dibina dengan kedudukan pelik adalah kerana bertujuan mengelirukan ratusan hantu-hantu yang mengejar Sarah.
    Lepastu ada pula syarat lain dimana Sarah perlu memastikan rumah ni sentiasa ada yang bertukang. Maknanya hari-hari ada tukang rumah mai rumah Sarah untuk tambah ruang baru. Setiap hari! Sampaikan walau Sarah dah mati pun, dalaman rumah ni macam rumah tak siap. Tak siap pasal Sarah dah buat plan untuk kedudukan ruang atau binaan baru dirumah tersebut. So memang sampai bila-bila pun bunyi tukul dan paku takkan berhenti kalau diikutkan perancangan.
    Tukang bina pula bukan dari orang yang sama. Kerap bertukar-tukar.
    Ada bilik yang kosong, ada bilik yang penuh dengan barang.
    Rumah ni Kalau korang masuk sendiri, keluarnya belum tentu. Ada lorong yang tak ada penhujung, ada bilik dalam bilik dan dalam bilik, ada tangga yang taktahu kemana turun dan ada tangga menemui jalan mati. Bahkan ada tangga yang tiba-tiba bergerak sendiri. Tingkap rumah bersepah, ada tingkap dilantai atau disyiling tanpa tahu apa motif dia disitu. Ada pintu menebus kesana kesini yang mana kau takkan tahu pintu ni menuju keruang mana. Yang pasti ia menemui ruang yang berbeza.
    Pasal arkitek rumah ni adalah Sarah sendiri, korang faham-fahamlah kenapa susah sangat nak korek tahu dengan struktur rumah tu. Sah-sah Sarah tu perempuan.
    Jujurnya, tak dapatlah dipastikan apakah benar Sarah bina rumah ini untuk lari dari gangguan makhluk halus. Tak ada siapa yang tahu bahkan orang-orang yang pernah bekerja dengan Sarah juga tidak membuka mulut mereka tentang rahsia disimpan oleh Sarah. Memanglah dapat dilihat kegiatan kehidupan Sarah ni seolah dalam ketakutan, dia banyak jemput pakar kerohanian dan agama kerumah bagi menenangkan keadaannya yang galau. Namun cerita sepenuhnya takda siapa yang tahu, apakah dia betul-betul takut dengan hantu atau sebaliknya.
    Cumanya semua pekerjanya tahu bahawa Sarah mendapat tekanan perasaan yang teruk selepas kematian orang tersayang.
    Apa jadi ya pada Sarah diakhir hidupnya?
    Sekitar tahun 1922, Sarah mati didalam tidurnya kerana serangan jantung. Agak lama sebenarnya dorang nak jumpa kedudukan Sarah masa ni pasal semua pembantu-pembantu dekat rumah tu taktahu mana satu bilik yang Sarah tidur.
    Adalaa dalam 3 4 jam juga berpusing cari kedudukan Sarah lepas dia tak muncul-muncul dari pagi. Kemudian jasadnya dikebumikan di Evergreen Cemetery Section 17, AS.
    Akhirnya semua perniagaan milik Winchester diturunkan kepada anak buah Sarah dan hingga sekarang perniagaan mereka masih membuahkan hasil yang lumayan.
    Rumah misteri itu pula dibida dan dibeli dengan harga $135,000 kemudian dibuka sebagai sebuah muzium sekitar tahun 1922. Namun sekarang ia kembali menjadi aset Winchester Investments LLC.
May be an image of indoor