Tradisi ‘Ikat Kaki’ Tanda Kekejaman Amalan Budaya China Pada Kaum Wanita

Tradisi ‘ikat kaki’ atau pun foot binding merupakan salah satu tradisi masyarakat China yang dipercayai dapat menyerlahkan kecantikan seorang wanita secara total.

“Semakin kecil saiz kaki, semakin cantik seorang wanita itu dipandang.”

Juga dikenali sebagai ‘Kaki Seroja’ tradisi ‘ikat kaki’ akan dilakukan dengan cara membalut kaki dengan ketat menggunakan kain sepanjang 10 kaki dengan lebar dua inci. Empat jari kaki akan dilipat ke bahagian bawah kaki dan ibu jari pula akan ditarik mendekati tumit.

Pembalut kaki akan diketatkan lagi setiap hari dan kaki akan dipaksa untuk memakai kasut atau sepatu yang semakin kecil saiznya.

Tradisi China Ikat Kaki Kekejaman Pada Wanita 2

Setiap hari kaki akan dicuci dan kuku dipotong supaya tidak menyebabkan keradangan selepas jari dilipat ke bawah. Sekiranya balutan terlalu ketat, timbul ‘buku-buku’ di kaki yang akan dipotong dengan menggunakan pisau.

Bagi mengurangkan rasa sakit, kaki akan dipicit atau pun dituam sama ada menggunakan ais atau pun kain yang direndam ke dalam air suam.

Biasa dimulai sejak anak perempuan berusia empat hingga tujuh tahun, tradisi mengikat kaki ini diamalkan sedikit lambat oleh masyarakat miskin kerana ibu bapa memerlukan bantuan anak-anak perempuan mereka untuk turun membantu di sawah.

Tradisi China Ikat Kaki Kekejaman Pada Wanita 6

Banyak membawa mudarat, tradisi lama ini membuatkan darah tidak dapat berjalan lancar sehingga mampu menyebabkan daging kaki menjadi busuk dan mengeluarkan nanah.

Tradisi China Ikat Kaki Kekejaman Pada Wanita 3

Disebabkan bahaya kepada kesihatan sehingga menyebabkan banyak kem4tian, kerajaan China telah mengharamkan tradisi ini pada tahun 1911.

Seorang wanita terakhir yang dikenal pasti masih mengamalkan tradisi ini mendedahkan bagaimana keadaan sebenar fizikal kaki selepas mengamalkannya.

Zhoe Guizen, 89 tahun memberitahu selepas diharamkan, pihak berkuasa ada melakukan pemeriksaan bagi memastikan larangan amalan ini dipatuhi.

Tradisi China Kekejaman Pada Wanita

Bagi mengelakkan tertangkap, Guizen akan membalut kakinya dengan pembalut tebal dan memakai kasut bersaiz besar supaya kakinya terlihat normal.

Percaya bahawa pengamalan tradisi ini boleh membantu perkahwinan kekal dan bahagia, Guizen memberitahu amalan yang sudah dipaksa untuk diamalkan ini juga melambangkan status dalam masyarakat.

Selepas revolusi wanita-wanita yang mempunyai ‘kaki seroja’ ini akan diabaikan dan tidak diterima bekerja kerana kecacatan yang diamali menyebabkan kesukaran bukan sahaja untuk melakukan pekerjaan tetapi juga bergerak.

Tradisi China Kekejaman Pada Wanita 7

Menjadi lambang kekejaman budaya kepada wanita, ada yang menyamakan budaya mengikat kaki ini seperti gaya pemakaian kasut tumit tinggi pada zaman kini.

Tradisi China Ikat Kaki Kekejaman Pada Wanita 4

Sumber: Green LemonKompasiana

Speak Your Mind

*