“U.S Route 50”

May be an image of nature and road

Ini adalah “U.S Route 50” ia terkenal sebagai jalan yang paling panjang, sunyi dan menyeramkan, laluan utama timur-barat perjalanan sejauh 3,073 batu (4,946 km) bermula dari Interstate 80 (I-80) di Sacramento Barat, California, dan berakhir di Maryland Route 528 di Ocean City, Maryland, di Lautan Atlantik, mengambil masa kira² 8-15 hari untuk sampai ke hujung destinasi.

Laluan ini melalui padang pasir dan pergunungan yang kebanyakannya berada di bahagian barat us, melalui kawasan Nevada yang dikenali sebagai “The Loneliest Road in America”. Di Midwest, AS sebahagian besar mempunyai kawasan ladang pertanian di luar bandar dan juga beberapa bandar besar termasuk Kansas City, Missouri; St. Louis, Missouri dan Cincinnati, Ohio.

Laluan ini terus ke timur us, di mana ia melalui Pergunungan Appalachian di Virginia Barat, merentasi 12 buah negeri : California, Nevada, Utah, Colorado, Kansas, Missouri, Illinois, Indiana, Ohio, Virginia Barat, Virginia, dan Maryland, serta District of Columbia.

May be an image of sky, road and text